19/07/2014

Terbaru : Foto Mayat Pengacara Dibunuh & Dicampak Ke Dalam Sungai




Chongqing : Seorang juruhebah glamor sebuah rancangan televisyen ditikam dan dicampak dari jambatan selepas dua pencuri berang kerana dia hanya mempunyai kira-kira RM2.50 di dalam beg duitnya.


Pencuri berkenaan begitu yakin mangsa yang terkenal itu mempunyai wang yang banyak selepas mengecamnya sebagai hos program televisyen.

Chen Xia, 26, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Yongchuan di bandar Chongqing di barat daya China apabila dia dihalang dua lelaki bersenjatakan pisau.

Mereka mendesaknya supaya menyerahkan semua wangnya di dalam beg duitnya.



Apabila menyedari dia hanya membawa sejumlah kecil wang yang bersamaan RM2.50, kedua-dua pencuri terbabit berang dan menikamnya berulang kali.


Mereka kemudian mencampaknya dari jambatan dalam usaha membunuh wanita itu.


Jeritan Chen ketika ditikam oleh Chi Peng, 27, dan Lee Shih, 24, menarik perhatian orang ramai yang menelefon polis.


Polis yang tiba beberapa minit kemudian menemui mangsa di dalam sungai.


Jurucakap polis, Bao Lai berkata, Chen masih hidup ketika mereka menariknya keluar dari sungai tetapi disahkan mati oleh pasukan perubatan tidak lama kemudian.


Polis juga berjaya menangkap kedua-dua penyerang tidak jauh dari tempat kejadian. Mereka mengaku merompak wanita itu.


Chen ialah hos program popular, ‘Home in the Countryside' yang disiarkan menerusi televisyen setiap minggu.

-bicaraperjuangan

No comments:

Post a Comment