Home » » #MH17 ; Hasrat Arwah Pramugara Tercapai

#MH17 ; Hasrat Arwah Pramugara Tercapai

Written By Unknown on 19/07/2014 | 7:30 am


Kredit foto peribadi Wafiey Haskia


Tragedi nahas yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak diruang udara Ukraine benar-benar mengemparkan seluruh dunia.

Salah seorang mangsa yang terlibat dan terkorban akibat nahas tersebut iaitu pramugara Shaikh Mohd Noor bin Mahmood. Berita kemalangan itu memberi kesan hebat kepada rakan baiknya Wafiey Haskia dan berkongsi kata-kata yang pernah diungkapkan oleh sahabatnya Shaik semasa tragedi kehilangan MH370 pada Mac lalu.

“Ya Allah, menangis bila cerita ni pada you. He's very protective, I dulu time budak, jangan ada orang usik I. Dia akan selalu ada. I see a lot of my dad in him. 
Hati dia baik sangat, tolong orang tak kira siapa, time or even akan susahkan dia sendiri…dia tetap akan tolong,” ujar Wafiey mengenai keperibadian murni Shaikh. 

"Arwah ada cakap masa insiden MH370, he wished he was on that flight, so that the whole Malaysia akan doakan dia, now his wish granted. Innalillah…,” kata Wafiey sedih apabila teringatkan kata-kata pramugara itu.

Wafiey turut memberitahu dia berasa cukup risau dan tertekan dengan insiden ini kerana isterinya juga merupakan seorang pramugari. Walaubagaimanapun, menurut bapa kepada seorang anak ini, walaupun sedih dengan kejadian yang menimpa, dia tetap redha dengan ketentuan Allah. Apa pun yang menyebabkan nahas MH17 ini berlaku, pasti ada hikmahnya.

-beliabangkit
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger