Kemelut kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor terus menjadi topik perbualan hangat semua pihak.
Malah kenyataan di antara sesama sendiri dalam parti yang sama juga boleh bercanggah dan tidak bersependapat.
Itulah yang berlaku apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan Khalid dikekalkan sehingga tamat mandat yang diberikan.
Malah kenyataan Abdul Hadi itu disokong Dewan Ulama PAS yang dinyatakan oleh Pemangkunya, Datuk Ahmad Yakob menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Itu sebelah pagi, namun pada sebelah petang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula memaklumkan kenyataan Abdul Hadi itu bukanlah keputusan rasmi parti itu.
Persoalannya macam mana sesama ahli boleh bercanggah pandangan dan pendapat ?
Apa yang pasti menurut Mat Sabu keputusan berhubung kedudukan Abdul Khalid hanya akan diputuskan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti setelah diadakan mesyuarat.
“Itu pandangan peribadi, kita akan mesyuarat 10 Ogos. Pada 10 Ogos nanti keputusan parti. 10 Ogos mesyuarat (dan) kita patuh pada keputusan mesyuarat,” kata Mat Sabu.
Mat Sabu dia ingat dia sapa ?? Baru timbalan dia boleh kata keputusan Hadi tu bukan keputusan parti ??
MMI tak pastilah puak penyokong PAS apa lagi !! Ampa nak simpan lagi ka Mat Sabu ni ???
Pecat ja bro !! Lebih baik pecat sahaja Mat Sabu sebelum langau ni merosakkan parti ampa ...
MMI bagi nasihat jangan pula kata dengki na !!
No comments:
Post a Comment