Jawatan Menteri Besar Selangor betul betul buat Pakatan Haram kelam kabut antara mereka.
Dap tidak peduli siapa Menteri Besar Selangor yang baru asal bukan Khalid Ibrahim..
Pas pula melalui Hadi Awang telah keluarkan kenyataan rasmi Presiden Parti bahawa tiada sebab munasabah nak tukar Khalid. Hadi lega sebab Dewan Ulamak sokong beliau beserta dengan "nas" dan Nik Aziz siap berbidalan menyokong kenyataan Hadi itu.
Mat Sabu? Hanya Mahfuz yang sokong beliau beserta dengan kumpulan blogger dan kumpulan cyber berhaluan Kiri yang secara berterusan menyerang Hadi Awang.
Wan Azizah? Beliau buat bodoh sebab semuanya sudah diuruskan suami yang tercinta.
Anwar? Langkah Kajang yang diciptanya melalui akal pendek Rafizi yang dicanang sebagai pakar strategi politik yang hebat bakal menyaksikan ianya bertukar menjadi Langkah Maut menggali kubur sendiri buat Anwar.
Khalid? Raya pertama dan seterusnya dia hanya mampu senyum plastik..nyawanya di arena politik bakal dibenamkan?
Sultan Selangor? Ada yang berani derhaka? Daulat Tuanku.
Rakyat Selangor? Masih buta????
Post a Comment