31/07/2014

Kluang : Kanak-Kanak Maut Kena Mercun Bola


Simpang Renggam: “Sebaik mercun bola meletup, Mohd Hafi Rayan yang berada dalam dakapan saya terkulai bagaikan terkena tembakan,” kata Abdul Rahman Endot yang menceritakan detik anak bongsunya berusia dua tahun terkena mercun pada 1 Syawal.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari di Kampung Ithnin Maarof di sini, mangsa yang cedera di dada, muka, tangan kiri dan kecederaan dalaman, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kluang.

Abdul Rahman cedera ringan di muka, telinga dan bibir.

Abdul Rahman ketika ditemui semalam, berkata sebelum kejadian, beliau bersama anaknya menyertai kumpulan marhaban bersama penduduk kampung.

Sebaik memberhentikan motosikal di hadapan sebuah rumah bagi menantikan kunjungan kumpulan marhaban, tiba-tiba sebiji mercun bola jatuh dari atas pokok dipercayai dibaling oleh seseorang sebelum meletup di hadapan mereka.

Selepas mercun bola itu meletup, Hafi Rayan terus terkulai dan berlumuran darah. 

Berikutan itu, mangsa dikejarkan ke Klinik Simpang Renggam untuk rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Kluang. Bharian

No comments:

Post a Comment