Satu video dan gambar-gambar tersebar di media sosial yang mana satu pergaduhan dan akibat salah faham telah berlaku di stesen minyak Shell di Lundang Kota Bharu.
Kes ini di katakan berpunca dari sekumpulan lelaki yang memasang mercun di stesen minyak tersebut dan membaling kearah kereta-kereta yang ada di stesen minyak tersebut.
Ini menimbulkan kemarahan pemilik stesen minyak terbabit yang risau aksi membaling mercun tersebut boleh membahayakan dan menyebabkan stesen tersebut terbakar.
Kereta yang terkena mercun
Pemilik stesen Shell tersebut telah memberi amaran kepada mereka-mereka yang terbabit dengan menyembur semburan kebakaran kepada mereka -mereka yang terbabit.
Ini menyebabkan mereka-mereka yang terbabit naik berang lalu mengejar pemilik stesen minyak terbabit sehingga ke dalam kedai dan mereka tersebut terus mencetuskan huru hara dengan merosakkan segala peralatan di stesen minyak terbabit.
Orang ramai di situ turut kesal terhadap apa yang berlaku tidak wajar mereka-mereka yang terlibat sesuka hati memasang mercun di stesen minyak yang menimbulkan kekecohan dan merosak kan kereta yang ada di sekitar stesen terbabit.
Pihak polis terpaksa di panggil untuk menenangkan keadaan, punca kejadian masih di siasat oleh pihak berwajib.
ralat: bukan "...Pemilik stesen Shell tersebut telah memberi amaran kepada mereka-mereka yang terbabit dengan menyembur semburan kebakaran kepada mereka" . Pepper spray. Termasuk kpd yg tdk terlibat dlm 7E
ReplyDelete