Allahhuakbar...berbanggalah kita bangsa Melayu bila melihat billboard potret Payung Negara bersaiz gergasi di Hiway Utara Selatan yang begitu gah menunjukkan betapa hebatnya simbol 'kekuatan' Melayu dipamirkan kepada seluruh rakyat jelata.
Kalau dulu ada bangsa yang kurang ajar mempertikaikan pemimpin kita bila mengucup simbol kekuatan Melayu ini di majlis bangsa sendiri...dengan alasan kononnya dengan cara ini kita mengajar manusia ke arah sifat kekerasan..kononnya cara ini adalah simbol mengajar keganasan.
Paling mengecewakan..pemimpin kita memohon maaf dengan "adengan" tersebut..nauzubillah..sedih yang teramat sangat ketika itu.
Anda akan lihat potret ini gah berdiri di kawasan RnR Dengkil.
Berbanggalah wahai bangsa Melayu dan bangsa lain juga wajib berbangga kerana Agong adalah payung pada semua bangsa. Payung ini jugalah yang berperanan adil dan saksama agar negara kekal aman.
Aakj snap foto ni pada bulan puasa yang lalu..ketika ianya mula dipasang..sengaja aakj keluarkan artikel ini di 1 syawal agar semangat ramadhan dan syawal memberi kita kekuatan yang amat luar biasa dalam mempertahankan negara ini dari anasir jahat dalam dan dari luar negara.
Post a Comment