Home » » Biskut Raya "Kosong Di Tengah" ; Pembeli Tertipu?

Biskut Raya "Kosong Di Tengah" ; Pembeli Tertipu?

Written By Unknown on 26/07/2014 | 1:46 pm




Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Pasti banyak yang perlu dilakukan oleh tuan rumah bagi mempersiapkan rumah mereka untuk menyambut tetamu yang akan bertamu di rumah mereka, termasuklah bisku raya.

Malang bagi seorang pelanggan sebuah pasaraya di Puchong, dia terasa dirinya seperti ditipu setelah membeli biskut di pasaraya berkenaan tetapi kosong di tengah-tengah, lapornya Oh! Media.

Biskut yang dibelinya kelihatan hanya disusun pada bahagian tepi bekas tetapi ruangan tengah ditinggalkan kosong. Jika dilihat dari luar, tentu sekali bekas biskut itu kelihatan penuh.

Bagaimanapun, syarikat pengeluar biskut berkenaann telah menjelaskan kenapa perkara itu terjadi. Menerusi ruangan komen, Noraini Cookies telah menyatakan syarikatnya menjual biskut mengikut berat, bukan bilangan.





Memanglah menjual barang guna timbangan lebih tepat dan adil, tetapi mungkin kalau guna bekas yang sepadan dengan isi kandungannya boleh mencegah dari isu-isu sebegini dari timbul.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger