13/06/2014

UMNO Terengganu Sokong Judi Bola?

Satu pemidang Berunsur Fitnah telah di sebarkan di merata-rata Laman Sosial ketika ini berkaitan sokongan terhadap judi bolasepak, UMNO Bahagian Kuala Terengganu menafikan sekeras-kerasnya bahawa pemidang tersebut adalah milik UMNO Bahagian kuala Terengganu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi menafikan pemidang tersebut di lakukan oleh pihak beliau, Katanya lagi pemidang tersebut telah wujud 4  tahun yang lepas ketika piala dunia sebelum ini, ia di percayai di lakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab demi menjatuhkan maruah UMNO Bahagian Kuala Terengganu ketika itu, Mantan Ketua UMNO Bahagian Dato Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh  sebelum ini juga pernah menafikan ia di lakukan oleh pihak beliau.

Ternyata ia adalah satu fitnah jahat dalam menjatuhkan imej UMNO bahagian kuala Terengganu khususnya.

Menurut Datuk Mohd Sabri Alwi  beliau tidak teragak-agak akan melaporkan & memfailkan saman fitnah terhadap  pihak yang cuba menyebarkan gambar ini

No comments:

Post a Comment