29/06/2014

Terkini : Foto Pelajar Maut Di Sekolah, Di Pukul Gurunya



Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di China, Huang Pi-guang dilaporkan mati selepas dibelasah oleh gurunya di sekolah.

Huang dipercayai dimarahi gurunya kerana bermain ketika si guru sedang mengajar subjek Matematik di dalam kelas.

Mangsa kemudiannya melawan cakap gurunya malah ada saksi mengatakan Huang turut menghina isteri cikgunya.

Pihak berkuasa mengesahkan Huang pengsan selepas ditampar dan matik ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut saksi, mulut Huang berbuih dan terdapat darah di hidung sebelum mangsa pengsan.

Ibu bapa Huang kemudiannya menemui kesan lebam di badan anak mereka menyebabkan cikgunya disyaki menjadi penyebab kepada kematiannya.

Rakan sekelas Huang yang menjadi saksi di tempat kejadian mengatakan cikgu mereka memukul Huang di bahagian muka, kaki dan belakang kepala mangsa.

Tidak berpuas hati, ibu bapa Huang membaringkan mayat anak mereka di hadapan sekolah untuk menuntut keadilan di atas kematian Huang.


- MYNEWSHUB.MY

No comments:

Post a Comment