Video Anak Istimewa ketika dijumpai ada d SINI.
Remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai pagi ini, dilaporkan berada dalam keadaan tidak membimbangkan setelah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar berkata keadaan Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan sedang dipantau.
"Pemeriksaan doktor mendapati dia tidak mengalami demam, mahu pun batuk. Setakat ini, pihak hospital tidak tahu lagi sejarah perubatan remaja ini kerana kita tiada menyimpan rekod mengenainya," katanya kepada Bernama selepas melawat remaja itu di HTJS di sini, hari ini.
Beliau meminta polis agar menyiasat perkara itu jika terdapat unsur penderaan dan pengabaian.
"Setakat ini, remaja itu akan dilindungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara laporan penuh daripada pihak hospital. Remaja itu berada di bawah pengawasan dan pemantauan JKM," katanya.
Hasil siasatan awal mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemui dikurung dengan keadaan fizikal kurus kering di Flat Semarak, Nilai, awal pagi tadi adalah akibat kekurangan zat makanan dan hanya mampu merangkak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim, berkata
ibu remaja lelaki OKU jenis 'celebral palsy' itu berasal dari Sabah dan sudah berpisah dengan suaminya.
"Merujuk laporan akhbar berkaitan pengabaian seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang hari ini, saya terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku.
"Saya telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan siasatan lanjut dijalankan.Oleh itu Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan telah turun ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di mana tempat remaja tersebut diserahkan," katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Rohani berkata, siasatan juga mendapati ibu bapa remaja tersebut telah bercerai dan ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami. Ibu tersebut menafikan yang anaknya dikurung dan diabaikan.
"Siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati pengabaian terhadap anak serta OKU ini berlaku,
"JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM. JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja itu," katanya.
No comments:
Post a Comment