Home » , » Sarawak ; Dipaksa Cerai Isteri, Foto Lelaki Bunuh Diri Rempuh Treler

Sarawak ; Dipaksa Cerai Isteri, Foto Lelaki Bunuh Diri Rempuh Treler

Written By Unknown on 07/06/2014 | 5:58 pm




KEBELAKANGAN ini, semakin menjadi-jadi pula kes bunuh diri akibat tekanan perasaan di negara kita.

Terbaru, seorang lelaki bertindak mengakhiri nyawanya dengan melompat di hadapan sebuah treler yang sedang bergerak di Jalan Stutong Baru, Kuching, Sarawak.

Memetik laporan Borneo Post, mangsa yang dikenali sebagai Baharon Putit ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama isterinya yang berusia 29 tahun.

Secara tiba-tiba dia mengajak isterinya itu untuk membunuh diri dan cuba merebut stereng kereta yang sedang dipandunya.

Bagaimanapun, wanita itu berjaya mengawal kereta tersebut, namun Baharon bertindak keluar menerusi cermin pintu kereta yang dipecahkannya.

Malangnya, percubaan isterinya untuk mengejar mangsa tidak berjaya kerana dia terus melompat di hadapan sebuah treler dan mati serta-merta di tempat kejadian.


“Saya cuba menghentikannya (daripada terus berlari) sehingga baju dan seluarnya koyak sehinggalah dia melompat di hadapan (treler) tersebut,” katanya.

Menurut wanita itu, tindakan Baharon itu berpunca daripada tekanan kerana dipaksa bercerai oleh keluarganya dan dijadualkan ke Mahkamah Syariah pada 16 Jun nanti.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan kepala dan organ dalaman.

Share this article :

+ comments + 1 comments

6/08/2014 12:12 am

Hanya orang berfikiran singkat dan bermasalah mental sahaja bunuh diri pada masalah kecil. Orang yg berjiwa besar tentunya memikirkan implikasi tindakan keji dia keatas orang lain.
Aib seluruh keluarga sendiri, mertua, isteri, anak2 dan saudara mara.

JASAD HANYA PINJAMAN ALLAH, ROH TAK AKAN MATI DAN BAKAL MENERIMA JASAD BARU UNTUK SIKSA NERAKA.

Jaga baik2 barang pinjaman yg Allah amanahkan kepada kita. Sekiranya ada masalah dalam peperiksan di kelas dunia, mohonlah pertolongan pada ALLAH TUHAN SERU SEKELIAN ALAM. Insya Allah diberi petunjuk.

YA ALLAH, SELAMATKAN KAMI DARI UJIAN INI

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger