Mereka menganggap media barat adalah sahabat karib mereka dan mereka yakin media barat juga sentiasa berdiri teguh di belakang mereka memberi sokongan tidak berbelah bagi untuk menjayakan agenda politik mereka.
Pada mereka media barat adalah paling adil dan paling terbuka dari segi menyalurkan maklumat yang 'betul' dan 'seimbang'.
Pembangkang juga memandang rendah terhadap media tempatan kecuali media yang menyokong atau cenderong untuk memihak kepada mereka.
Seringkali samasa sidang akhbar di pejabat pembangkang atau di dewan negeri di mana mereka berkuasa, media arus perdana sentiasa terpaksa menerima bahang kemarahan mereka.
Petugas media arus perdana samada dihalang masuk pada sidang media tersebut atau jika dibenarkan sekali pun akan menerima komen-komen sinis dan menyakitkan hati.
Inilah konsep keadilan dan kebebasan media yang diamalkan oleh pembangkang di mana mereka bebas menyerang malahan kadangkala mengugut media jikan soalan yang diaju tidak digemari pemimpin pembangkang.
Apakah reaksi sekiranya secara tiba-tiba media barat sudah terbuka minda dan mata mereka terhadap permainan dan penipuan pembangkang lalu mula menyoal motif tindak tanduk mereka menyerang kerajaan.
Inilah yang berlaku kepada ketua pembangkang yang dimalukan oleh media barat ketika ditemuramah oleh stesen televisyen BBC News di London baru-baru ini.
Isu yang disoal dan dibincangkan tidak lari daripada kebanyakan yang telah ditimbulkan sebelum ini iaitu mengenai politik, kerajaan, kes liwat malah MH370 juga disentuh.
Jika sebelum ini pihak BBC dilihat sentiasa memberi ruang yang luas kepada Anwar untuk menyerang kerajaan malah turut menyokong kenyataan yang dibuat oleh ketua umum PKR itu sebelum ini, kini keadaan sudah agak berbeza.
Pengacara BBC tersebut agak agresif memangkas komen-komen Anwar untuk menjustifikasikan segala tindakan politiknya selama ini.
Malah pengacara tersebut berpendapat rakyat Malaysia sudah muak dan jemu dengan isu-isu sama yang dibawa oleh Anwar selama ini.
Adakah akhirnya media barat sudah sedar mereka juga telah ditipu dan dipermainkan oleh Anwar selama ini?
Contohnya apabila Anwar cuba membangkitkan isu MH370, pengacara tersebut telah menuduh beliau tidak sensitif terhadap perasaan keluarga mangsa yang hilang.
Malah Anwar juga ditempelak oleh pengacara tersebut kerana tergamak mempolitikkan isu sedemikian yang tidak sepatutnya berlaku malah seharusnya beliau lebih peka dan prihatin terhadap apa yang berlaku.
Bayangkan muka Anwar menjadi merah padam apabila dibelasah begitu rupa oleh media barat kesayangannya di dalam program berita yang ditonton oleh jutaan orang.
Inilah yang dikatakan paku serpih mengata orang dia yang lebih dan kini media barat tidak akan percaya lagi tembelang Anwar si penipu dan pembohong itu.
Beliau juga dihentam teruk oleh pengacara BBC dalam isu perbicaraan kes liwat yang menurut pengacara itu telah mendapati Anwar bersalah.
Anwar pula cuba dengan taktik belit dengan memfitnah badan kehakiman negara diperkudakan oleh kerajaan.
Inilah sahaja peluru yang mampu ditembak oleh Anwar dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap badan kehakinan yang mengadilinya tetapi beliau sedikit pun tidak memberi bukti atau contoh di mana letaknya kepincangan sistem mahkamah yang beliau maksudkan.
Paling mengejutkan pengacara tersebut meramalkan rakyat Malaysia tidak akan tertipu dengan turun ke jalanan lagi untuk menyokong Anwar pada masa depan kerana mereka berasa telah ditipu hidup-hidup.
No comments:
Post a Comment