20/06/2014

Malaysia Perlu Cop Label Haram - Dr Maza

Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan label ‘haram’ berbanding menggunakan sijil halal.

Menurut Mohd Asri, perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.

“Pasal kita pergi rumah orang Islam dalam negara yang dikatakan negara Islam, sepatutnya tidak timbul soal haram.

“Yang haram itu sedikit, kalau kita hendak cop, kita cop yang sedikit itulah. Apa yang jual haram, kalau dia tidak cop haram kita ambil tindakan.

“Bagi saya tiada orang buat cop haram palsu. Langkah ini akan memudahkan lagi umat Islam di negara kita, sepertimana yang dibuat di Tesco iaitu ada bahagian Non Halal,” katanya ketika sesi wacana Sinar Harian kali siri ke-29 hari ini.

Sementara itu ketika menyentuh mengenai isu umat Islam yang termakan khinzir pula, Asri menegaskan bahawa Tuhan itu bersifat pemaaf, dan Tuhan tidak menghukum manusia yang melakukan perkara yang tidak disengajakan oleh mereka.

“Tidak perlu membersihkan darah.

“Kalau kita termakan khinzir, Tuhan tidak akan menghukum atas kesilapan tersebut,kerana Tuhan tidak menghukum manusia yang ‘tersilap’,” jelasnya.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment