16/06/2014

Majlis Peguam Hanyalah Persatuan Yang Jaga Peguam Sahaja,Seperti Persatuan Penjaja !!


Kenyataan presiden Majlis Peguam Malaysia menyebelahi Malaysiakini dalam saman fitnah Perdana Menteri terhadap portal berita itu membuktikan badan tersebut tidak layak bercakap mengenai keadilan apatah melindungi.


Kenyataan Christopher Leong yang menyifatkan tindakan saman yang difailkan terhadap Malaysiakini sebagai melanggar hak asasi adalah amat bias yang memperlihatkan badan itu sudah tidak lagi bebas tetapi menjadi salah satu apparat politik pembangkang.


Ini bukan kali pertama badan ini bertindak selaku jurucakap pembangkang kerana pada masa lalu khususnya semasa perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, ia sentiasa mengeluarkan pendapat yang menyokong pemimpin pembangkang itu.


Begitu juga ketika berlaku perhimpunan haram Bersih, Majlis Peguam Malaysia juga mempertahankan tindakan demonstrasi jalanan anjuran pembangkang.


Badan ini seolah-olah sudah terlalu terpangaruh dan di bawah cengkaman politik pembangkang sehingga apa sahaja yang dilakukan adalah untuk kepentingan pembangkang.


Namun apabila berlaku insiden seperti pihak pembangkang menyaman pemimpin kerajaan atau media arus perdana, tidak pula badan ini bersuara mempertahankan individu atau organisasi media terbabit.


Adakah badan ini mengamalkan sikap hipokrit dan keadilan selektif apabila melihat dua perspektif berbeza dalam isu yang sama di antara kerajaan dan pembangkang?


Apa saja pembangkang buat walaupun ianya bertentangan dengan undang-undang negara, Majlis Peguam Malaysia akan 'backing' habis-habisan.


Bila perkara yang sama dialami oleh pemimpin kerajaan atau media arus perdana , badan ini akan mengatakan tindakan undang-undang terhadap mereka adalah wajar.


Sekali lagi sikap hipokrit mereka menyerlah apabila menyelar tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri antara pemimpin kerajaan yang paling liberal dan terbuka pemikiran sejak negara mencapai kemerdekaan.


Beliau bukan sahaja bioleh menerima pandangan yang berlainan dengannya malah sabar apabila dikritik hebat berhubung mana-mana keputusan atau dasar yang dilaksanakan.


Sikap keterbukaan beliau begitu luas sehingga ada pihak kadangkala mengambil peluang untuk membuat pelbagai kenyataan yang tidak bermoral sehingga mencapai ke tahap fitnah dan tohmahan.


Inilah yang berlaku dalam laporan Malaysiakini berhubung kemelut politik Terengganu yang membabitkan bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said.


Disebabkan portal berita itu begitu mirip kepada politik pembangkang, ia mengambil sikap menentang kerajaan membabi buta walaupun apa yang dilakukan kerajaan iti betul dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.


Artikel portal itu mengambarkan seolah-olah ada unsur rasuah yang berlaku dalam menyelesaikan masalah politik itu.


Malaysiakini secara secara sembrono mengandaikan Perdana Menteri terbabit dalam permainan kotor politik wang tanpa memberi secebis fakta dan bukti pun.


Portal itu 'cakap lepas' dengan mengada-adakan cerita mengenai Perdana Menteri dengan tujuan untuk memalukan beliau dan menghakis keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.


Malaysiakini mengaku untuk mempertahankan kebebasan media tetapi dalam kes ini ia sendiri yang meruntuhkan prinsip tersebut.


Pada pemikiran pengarang portal dan juga presiden badan peguam itu,

hanya pihak media sahaja yang dibolehkan mengambil tindakan undangkan khususnya media pembangkang.


Perdana Menteri, pemimpin kerajaan lain atau penyokong kerajaan tidak berhak berbuat demikian.


Dunia Malaysiakini dan Majlis Peguam adalah dunia yang sempit di mana mereka hanya melihat agenda politik mereka sahaja tanpa menghiraukan hak orang lain.

No comments:

Post a Comment