HONG KONG: Satu penerbangan 15 jam ke Hong Kong membuktikan satu pengalaman yang pahit untuk seorang penumpang berwarga Amerika Syarikat yang secara tidak sengaja terperangkap jari tengah beliau dalam tong sampah di dalam tandas awal Rabu, kata polis.
Polis berkata, dalam satu kenyataan penumpan yang berusia 32 tahun itu mengalami kemalangan tersebut di dalam kapal terbang Cathay Pacific.
Penumpang dalam penerbangan dari Newark itu terperangkap lebih daripada satu jam sebelum mendarat apabila dia melemparkan beberapa sampah, South China Morning Post melaporkan.
Beliau terpaksa berdiri seorang diri dalam bilik air semasa pendaratan selepas terbang selama lebih 14 jam, katanya.
Polis berkata, lelaki itu dapat membebaskan tangannya dengan bantuan anggota bomba selepas pesawat mendarat dan tidak memerlukan rawatan hospital.
Syarikat penerbangan itu enggan mengulas mengenai kejadian itu. - AFP
Post a Comment