Pada 2 Jun 2014 jam lebih kurang 4.07 petang pihak polis telah menerima maklumat menyatakan seorang wanita berketurunan Cina jatuh dari bangunan Pusat Komuniti, Bandar Tun Razak.
Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian.
Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian percaya mangsa didapati terjatuh dari tingkat 7 bangunan tersebut. Saksi awam yang berada berhampiran tempat kejadian sebelum itu nampak mangsa kelihatan sedang berjalan seorang diri.
Keadaan mangsa ketika ditemui dalam keadaan tertiarap. Mangsa dikenali sebagai Woo Kwan Ti berumur 26 tahun dan masih bujang, tinggal di Taman Mulia Bandar Tun Razak Cheras KL. Si mati juga tidak bekerja.
Menurut keterangan emak mangsa, si mati ada mengalami sakit psikiatri sejak 5 tahun yang lalu dan sering mendapatkan rawatan ulangan di PPUKM. Si mati juga sebelum ini pernah beberapa kali cuba membunuh diri tetapi dapat diselamatkan oleh ahli keluarganya.
Mayat si mati telah dibawa ke PPUKM pada 3/6/14 untuk tujuan bedah siasat. Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Josrevalution
No comments:
Post a Comment