Home » » Kerajaan BN Subsidi RM130 Juta Untuk Tambah Kuota Haji

Kerajaan BN Subsidi RM130 Juta Untuk Tambah Kuota Haji

Written By Unknown on 06/06/2014 | 10:19 am





Kuala Lumpur – Kerajaan menganggarkan pemberian subsidi kepada lebih 22,000 jemaah haji pada tahun ini berjumlah RM130 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, walaupun kos menunaikan haji meningkat kepada RM16,000 seorang namun kerajaan masih mengekalkan kos RM9,980 seorang jemaah.

“Saya dimaklumkan kos sebenar mengerjakan ibadat haji melebihi RM16,000 bagi setiap jemaah.

“Bagi musim haji tahun ini, kerajaan tanggung lebih RM130 juta bagi 22,320 jemaah haji,” katanya selepas merasmikan selepas merasmikan Tabung Haji Debit-i Mastercard, Coffee Table Book & Pusat Kewangan Islam (IFiC) di Bangunan TH, di sini, hari ini.

Menurut Najib, sehingga bulan lalu (Mei 2014) seramai 1.5 juta umat Islam telah mendaftar dengan Tabung Haji dan sebilangan besarnya adalah golongan muda dan kanak-kanak.

“Keadaan itu menggambarkan bahawa ekonomi umat Islam kita semakin baik dan mereka semangat yang tinggi untuk mengerjakan ibadat haji.

“Namun senarai jemaah menunggu giliran semakin panjang dan jumlah kouta haji pula terbatas menyebabkan seorang pendeposit terpaksa menunggu hingga 50 tahun untuk mengerjakan haji,” ujarnya lag.

Najib turut berkata, juga akan berusaha membuat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji dari negara ini.

Beliau berkata, mulai 2013 kuota jemaah haji negara ini ditetapkan 22,320 orang berbanding pada 2009 berjumlah 27,900 berikutan kerja pembangunan di Masjidil Haram.

suaratv
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger