Namun begitu, jawapan yang telah beliau berikan tentang kononya Malaysia diserang oleh golongan ekstremis dan kegagalan Putrajaya untuk mentadbir dengan baik merupakan satu kenyataan menyeleweng yang harus diperbetulkan untuk kebaikkan sejagat.
Datuk Ng Moon Hing dengan sewenang-wenangnya menyalahkan Putrajaya tentang serbuan demi serbuan yang dilakuakn oleh Jabatan Agama Islam Selangor (kes cetakan dan edaran Injil di dalam Bahasa Malaysia) dan juga tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (tuntutan jenazah Muslim).
Dengan menyifatkan bahawa kegagalan utama adalah dari kerajaan Persekutuan Malaysia, Datuk Ng Moon Hing yang juga merupakan seorang Bishop bagi gereja Anglican dengan jelas menyalahkan kerajaan tanpa melihat perkara yang berlaku ini dari sudut holistik.
Sudah terang lagi bersuluh, kedua-dua negeri yang paling bermasalah dengan hubungan antara kaum adalah negeri yang telah ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Contohnya di Negeri Selangor Darul Ehsan, dimana terlalu banyak tindakan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada orang bukan Islam sehingga menjejaskan hubungan antara rakyat. Mengapa Datuk Ng Moon Hing tidak sekali pun menyebut tentang pengurusan hal ehwal Islam di negeri Selangor? Adakah kerana walaupun Negeri Selangor telah mengambil banyak tindakan keatas rakyat yang beragama bukan Islam, maka mereka diberi pelepasan dan peluang ini diambil oleh Datuk Ng untuk menyerang kerajaan Malaysia?
Kita semua perlu faham, apa yang terjadi di negara ini adalah hasil daripada percaturan politik Pakatan Rakyat yang telah mencampur adukkan ideologi perjuangan yang berbeza. Hasil dari experimentasi ini lahirlah satu pentadbiran negeri yang celaru mengenai hala tuju pentadbiran mereka. Penulis rasakan, tidak perlu rasanya Bishop Datuk Ng Moon Hing, menyindir kerajaan Persekutuan Malaysia sedangkan yang patut beliau nasihatkan ialah para pemimpin yang mentadbir negeri Selangor dan Pulau Pinang yang terang-terang mengelirukan rakyat.
Urusan agama Islam (peristiharan dan penguatkuasaan undang-undang) adalah tertakluk kepada kerajaan negeri. Oleh kerana itu, negeri-negeri ini telah menyediakan exco-exco tertentu untuk menjaga dan mentadbir urusan agama Islam. Apakah Datuk Ng Moon Hing tidak faham akan perkara ini? Ataupun beliau cuba untuk melindungi Pakatan Rakyat dan menyerang Kerajaan Persekutuan semata-mata kerana ingin menjatuhkan imej kerajaan Malaysia?
Mungkin Bishop Ng Moon Hing perlu diberi taklimat mengenai oleh pengurusan agama Islam agar beliau tidak terkeliru dengan penguatkuasaan yang sedang dijalankan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Dengan menyalahkan Putrajaya kononya, generasi baru kini tidak lagi mempercayai pihak berkuasa dan kerajaan seolah-olah menunjukkan belang sebenar yang beliau sebenarnya adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat.
Sebagai orang yang ber”agama” Bishop Ng Moon Hing perlu ingat, bahawa kononya golongan yang membenci kerajaan adalah golongan yang sama menyokong tindakan diambil oleh JAIS dalam isu kalimah Allah dan juga rampasan Injil di negeri Selangor. Apakah Datuk Ng Moon Hing lupa bahawa PAS yang selama ini menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat adalah antara pihak yang sering memprovokasi pihak berkuasa dan rakyat Malaysia tentang perkara ini? Mungkin juga perlu didedahkan berapa ramai yang menyokong tindakan terhadap gereja di Selangor yang juga menjadi ahli PAS atau PKR?
Apakah sudah hilang rasa tanggungjawab sehingga setiap kali ditanya tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Kristian, Ng Moon Hing dengan senang meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan. Perangai beliau tidak ubah seperti mereka yang membawa konsep ABU (asalkan bukan UMNO). Bishop Datuk Ng perlu sedar bahawasanya, masalah ini dapat diatasi apabila tiada lagi ekstremis agama seperti PAS di dalam Pakatan Rakyat.
Mungkin selepas ini, Bishop Datuk Ng Moon Hing boleh menjadi salah seorang pelopor penyatuan agama diantara parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Alang-alang sudah mencampur adukkan ideologi dan perjuangan, perlukah agama pula dicampur adukkan selepas ini?
No comments:
Post a Comment