05/06/2014

Isu Jais Siasat Perkahwinan Gadis Melayu Ugama Hindu : Kalid Gagap Tunduk Pada Kit Siang !!


KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan kepada DAP tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu di Shah Alam, Selangor baru-baru ini tidak akan berulang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Abdul Khalid memberi jaminan itu kepada beliau dalam satu pertemuan hari ini.

“Saya telah bertemu dengan Menteri Besar hari ini untuk meluahkan rasa tidak puas hati kami terhadap tindakan JAIS pada Ahad lalu yang tidak menghormati dan campur tangan dalam urusan agama lain.


“Abdul Khalid memberi jaminan kejadian itu tidak akan berulang,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.


Kit Siang berkata, tindakan JAIS itu cukup tidak sensitif dan luar batasan kerana menghentikan sebuah majlis perkahwinan selepas menerima maklumat pengantin perempuan, Zarena Abdul Majid seorang Muslim.

Katanya, kini terbukti Zarena dilahirkan dan dibesarkan sebagai Hindu tetapi namanya telah didaftarkan oleh bapanya yang telah lama terpisah selepas lelaki itu memasuki Islam.

Beliau membayangkan tindakan JAIS itu kerana terpengaruh dengan penyebaran maklumat agama Islam `sedang diserang’ sedangkan perkara itu tidak berlaku di Malaysia.

mynewshub

No comments:

Post a Comment