Home » , , , » Gomo Wajib Dedah Nama Kumpulan Pencuri

Gomo Wajib Dedah Nama Kumpulan Pencuri

Written By Unknown on 13/06/2014 | 10:00 am


Apakah pertuduhan yang tertera di atas ini satu pertuduhan yang ada BUKTI kukuh atau sekadar nak menghina Penggiat Media Sosial dengan ilusi cerita rekaan kononnya wujud Kumpulan Pencuri ? 

Anda baca apa yang dituduh oleh pemilik Akaun Facebook di atas :


Kenyataan penuh Wan Azri atau ada yang kata dia adalah Papa Gomo :

"Bagaimana Perjuangan Anda Dijual Kumpulan Pencuri?"

1 kumpulan Pencuri lagakan kumpulan kumpulan yang lain. Kumpulan lain bergaduh dan isu blow up jadi kecoh. Kumpulan PENCURI ini kemudiannya melalui kabel hantar laporan kepada Pejabat PM bahawa kumpulan ini dan kumpulan itu bergaduh rebut harta karun.

Melalui Kabel di Pejabat Perdana Menteri (Yang ada kepentingan) bagi cadangan untuk take over apa sahaja kerja yang ada dari Pejabat Perdana Menteri dengan alasan Kumpulan PENCURI ini boleh melaksanakan kerja dan tidak terlibat dengan kumpulan kumpulan yang bergaduh itu.

Sebelum PRU 13 Kumpulan PENCURI ini meraih Dana dari Pejabat Perdana Menteri sekitar RM 13 Juta (Tidak termasuk dengan hasil dari beberapa Kementerian lain). Jumlah RM 13 Juta merangkumi Program program, pemberian tunai RM200-RM500, Gadjet dan belanja trip lawatan ke Luar negara. Opsss dan juga Tasking WIKIPEDIA.... Ada ke

RM1 Juta Dana diperuntukkan kepada Kumpulan Pencuri ini untuk menubuhkan kumpulan WIKIPEDIA yang kononya bertindak mengawal serangan pembangkang di Wikipedia dengan memberikan imbuhan kepada penggiat media sosial yang ada. Kau orang ada terlibat ke?

Melalui beberapa kementerian kumpulan PENCURI ini menubuhkan portal portal bagi mendapatkan Dana. Dan mereka yang terlibat dalam semua portal portal ini adalah individu yang sama.

Kenapa kumpulan PENCURI ini cukup ligat dan senang menerima dana? Kerana surat berkepala PRIME MINISTER OFFICE yang dijual oleh Kabel kumpulan PENCURI ini kepada kementerian dan beberapa syarikat GLC dan bukan GLC.

Mana mana yang berada dalam jawatan Kerajaan mahupun GLC atau bukan akan cuak apabila Kabel dari Pejabat Perdana Menteri bawak surat minta Dana. Modal nya adalah nak kempen dan bantu penggiat media sosial walhal hakikatnya apa yang diperolehi hanya akan diagihkan kepada kelompok kumpulan PENCURI sahaja dan tidak kepada yang lain.

Siapa tak nak luluskan bila surat datangnya dari Pejabat Perdana Menteri? Hakikatnya PM tidak tahu pekara ini kerana tidak ada masa nak ambil tahu apa yang berlaku di dalam arena Media Sosial.

Benda ni dah lama, sebelum PRU 13 dah berlaku cuma di diamkan sahaja. But now kumpulan PENCURI buat sekali lagi modus operandi yang sama. Cuma kali ini mereka susun atur dengan modal " Penggiat media sosial bersama mereka"

Jika ada penggiat media sosial yang belasah mereka kumpulan PENCURI ini maka akan ada wakil PENCURI berjumpa untuk selesai (SUAPAN RM300-RM500). Ada yang pernah dijumpa kumpulan PENCURI ni siap jemput ambil dari rumah semata mata nak cover line.

Kempen kumpulan PENCURI ini adalah dengan menolak penyatuan penggiat media sosial kerana jika semua penggiat media sosial bersatu maka mereka akan sukar untuk tampil ke hadapan kerana yang POWER dan MELETOP adalah kumpulan kumpulan lain yang berhempas pulas siang dan malam melawan kejahatan pembangkang. Mereka tidak power tetapi mereka hebat kerana mempunyai Kabel BESAR di Pejabat Perdana Menteri.

Aku dulu pernah disuap RM500 sebulan oleh kumpulan PENCURI ni tapi akhirnya bila aku nampak game kumpulan PENCURI ni aku tolak RM 500 sebulan sebab pada aku tak adil dan tak betul jika aku ambil sedangkan ramai lagi yang sepatutnya dapat dinafikan hak.


Aakj bukan pertama kali terima cerita panas sebegini dari sahabat-sahabat yang bergelar pahlawan alam maya..tapi kali ini ianya agak mencuit saraf geli-geli Aakj.

Walaupun nampak sama seperti yang lepas-lepas..namun yang ni Aakj kira amat menarik..amat serius pertuduhan dan wajib Aakj respon atas nama BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT !! - Sahabat-sahabat yang seangkatan dengan Aakj faham benar tentang motto yang Aakj tulis dengan huruf besar tu..

Tidak perlulah kita bergaduh sesama sendiri tentang PERTUDUHAN di atas, ianya amat mudah..straight forward, tiada ayat berbunga ataupun ayat puitis..

Aakj mohon sangat Saudara Wan Azri atau ada yang kata dia adalah PAPA GOMO..Mohon beliau atas nama perjuangan menegakkan kebenaran agar DEDAHKAN BUKTI supaya kerja-kerja membantu UMNO-BN berjalan dengan lancar dalam menghadapi PRU14..Jangan kita dilabel dengan KAKI PENIPU kerana hanya tahu menuduh tapi tidak berani dedahkan bukti !

Aakj baca berulangkali apa yang sahabat Aakj hantar ini, katanya PERTUDUHAN ini sedang berlegar di alam Whats App dan ianya ada juga di akaun Facebook milik Wan Azri, bagi Aakj senang je..kalau dah berani letak di akaun milik kita tentang sesuatu Pertuduhan yang Serius maka ianya bukan satu kenyataan yang direka-reka.

Aakj mohon sangat agar ;

1. Wan Azri wajib dedahkan kewujudan surat-surat dari Pejabat Perdana Menteri.

2. Wan Azri wajib dedahkan bukti kononnya wujud Dana RM 13 Juta tersebut.

3. Wan Azri wajib dedahkan bukti Dana RM1 Juta untuk Wikipedia.

Tentang pertuduhan lain tu bagi Aakj kalau ada bukti maka wajib sertakan.


Kita tidak mahu perkara sebegini akan memburukkan nama sahabat-sahabat lain kiranya ia hanya Tuduhan TIDAK BERASAS..dengan kata mudah, ianya akan jadi FITNAH yang amat dasyat dalam sejarah dunia maya pejuang UMNO BN !!

Jauh lebih buruk, kalau ini satu tuduhan liar maka bukan sahaja nama baik Pejabat Perdana Menteri, nama PM Najib juga turut terpalit. 

Apa nak takut kalau ada bukti, serahkan sahaja pada Badan yang bertanggungjawab..Aakj pun nak sangat supaya 'Ops Pemutihan' di semua Pejabat Kerajaan ini dapat dilakukan segera..takkan kita nak tengok ada sampah dalam Pejabat Kerajaan dan sampah dalam Jentera Maya UMNO BN !!

Aakj juga mohon sangat-sangat kepada Pejabat Perdana Menteri, kalau ini adalah pertuduhan yang tidak berasas maka WAJIBlah buat laporan Polis dan saman Saudara Wan Azri ini. Kalau tidak silap ini bukan kali pertama tuduhan sebegini dilontarkan kepada Pejabat Perdana Menteri.

Aakj khuatir kalau Pejabat Perdana Menteri tidak lakukan sesuatu maka Sindrome Fitnah Tanpa Takut ini akan berleluasa dan paling malang Pejabat Perdana Menteri turut membantu MEMBIAK Pemfitnah Tegar dalam Pasukan Maya UMNO BN !!

Paling teruk, kalau Pejabat Perdana Menteri bersikap diam diri maka BENARLAH PERTUDUHAN ini !

Aakj dan sahabat-sahabat penggiat Media Sosial lain sudah muak dengan cerita dan pertuduhan begini kerana ianya mencetuskan rasa kurang senang malah paling gila berlaku pergaduhan dan perselisihan yang amat ketara antara penggiat Media Sosial..terlalu kerap..bukan ini yang PERTAMA !!

Aakj kenal Wan Azri sebagai pejuang maya yang berani..
Aakj juga tahu Pejabat Perdana Menteri bukannya jenis jantan layu..

Bantulah kami Pejuang Maya yang masih sayangkan UMNO-BN ini..!!
Share this article :

+ comments + 1 comments

6/13/2014 8:47 pm

Mungkin benar apa yang dikata...rasanya kumpulan pencuri ini juga yang terlibat dalam mengsonglap duit-duit atau agihan2 kepada rakyat melalui bantuan-bantuan pertanian, pekebun kecil atau apa2 saja bantuan yang dihulurkan tidak sampai atau tidak setimpal.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger