Perkara 1.
25% pengguna FB ditinggalkan kekasih melalui FB.
Kajian kaji selidik pada tahun 2010 ke atas 1000 pengguna Facebook, mendapati 70 % ialah lelaki, dan dari jumlah itu 25 % telah ditinggalkan oleh kekasih mereka.
21% pengguna akan mengemaskini status mereka kepada ” single” jika ingin memutuskan perhubungan.
Perkara 2
Facebook tidak membenarkan gambar ibu sedang menyusu badan dimuatnaik.
Salah seorang pengguna FB menganggap perkara ini tidak adil dan mendiskriminasi wanita keran gambar gambar yang lebih melampau dan mendedahkan tubuh badan wanita seperti memakai bikini boleh dibenarkan oleh Facebook untuk dipaparkan tanpa halangan. Bagi mereka gambar penyusuan badan bukan perkara lucah dan membahayakan kanak-kanak.
Walaupun seramai 250,000 ahli FB menyokong gambar penyusuan badan dibenarkan tetapi pihak FB tetap tidak membenarkan gambar demikian dimuatnaik.
Perkara 3
Secara purata pengguna FB ada 130 orang rakan
Perkara 4
Dari 5 punca perceraian di US, salah satunya ialah disebabkan oleh Facebook.
Kajian dibuat di US mendapati 80 % bukti kecurangan pasangan yang bercerai diambil dari laman sosial seperti FB. Pasangan menemui gambar gambar bukti kecurangan dan jugak mesej mesej yang ditulis kepada orang ketiga atau “kekasih baru”.
Ada juga disebabkan mereka bertemu kembali dengan kekasih lama dan cinta lama berputik kembali di laman FB.
Facebook menjadi punca utama dari punca perceraian itu, iaitu sebanyak 66%, diikuti dengan Myspace sebanyak 15 %, Twitter 5% dan lain-lain 14%.
Kajian selidik di UK pula mendapati Facebook ialah punca perceraian dari 20 % petisyen perceraian di UK. FB membolehkan pengguna bertemu semula dengan rakan rakan sekolah lama, atau kekasih lama jadi memang mudah untuk menjalinkan semula hubungan cinta yang lama terputus, ditambah pula pengguna FB di UK sudah menjangkau 23 juta orang.
Bukti lain, artis Eva Longoria pelakon dari siri Desperate Housewives berpisah dengan bekas suaminya Tony Parker selepas dia mendapati suaminya berhubung dengan wanita di laman FB.
Perkara 5.
Gambar pelakon Al Pacino ialah gambar pertama muncul di FB.
Gambar Al Pacino dalam logo itu, dicipta oleh rakan kepada Zuckerberg, dan seorang lagi rakan sekelas Andrew McCollum.
Perkara 6
Seorang lelaki ditangkap kerana mengajak anak perempuannya melakukan seks melalui Facebook.
John memberitahu di laman FB dia telah bermimpi sesuatu tentang anaknya dan menulis mesej yang tidak sesuai kepada anaknya di laman FB. Anaknya kemudian memberitahu ibunya dan kemudian mereka membuat laporan polis. John ditangkap kerana membuat kesalahan mengajak remaja perempuan membuat seks secara online.
Perkara 7
Pihak Burger King akan menghantar kupon kepada pengguna FB yang berjaya membuang 10 rakan yang tak penting atau yang tak disukai.Pihak Burger King ingin berkongsi kemarahan atau rasa tidak puas hati dengan memberi kupon istimewa.
Perkara 8
350 juta pengguna FB menderita Ketagihan Facebook atau FAD
FAD ialah singkatan dari Facebook Addiction Dissoder yang diberikan oleh pakar psikologi Amerika kepada golongan yang tidak dapat mengawal keinginan “berfacebook” dalam kehidupan mereka.
Kesan yang paling jelas dilihat ialah kehilangan produktiviti, tidak dapat menumpukan perhatian, pengasingan dan kemurungan. Pengguna FB tidak sabar sabar untuk melihat atau menulis dan bertindak balas di lama sosial itu, menggunakan FB untuk berinteraksi dengan selebriti pujaan, dengan rakan -rakan tanpa mengira waktu dan masa. Golongan remaja selalunya lebih teruja dan keterlaluan dalam penggunaan FB.
Perkara 9
Pelajar siswazah dan pra siswazah yang menggunakan Facebook rendah CGPAnya.
Kajian ni dibuat di Universiti Ohio pada tahun 2009, dari 219 pelajar siswazah dan pra siswazah, didapati pelajar yang aktif dengan facebook mempunyai gred GPA yang rendah berbanding bukan pengguna facebook. Pelajar yang aktif dengan facebook mempunyai gred antara 3.0 – 3.5 berbanding pelajar bukan pengguna facebook iaitu 3.5 – 4.0.
Sebanyak 79% dari pelajar tidak percaya yang gred GPA mempunyai kaitan atau kesan dari penggunaan Facebook.
Perkara 10
Sebanyak 36 % pengguna laman sosial akan mengemaskini status di Facebook dan Twitter mereka selepas hubungan seks.
36 % mengakui mereka akan mengemaskini laman facebook atau bertwitter selepas hubungan seks. 40% dari responden memeriksa laman FB mereka semasa memnadu. Lain-lain responden melakukannya di pejabat/atau tempat kerja. Selebihnya akan memeriksa FB mereka di lokasi percutian atau tempat bersantai yang mempunyai kemudahan internet.
Dari kajian kajian mengenai kepelikan FB di luar negara ni, ada jugak yang pelik2 berlaku di Malaysia ni, antara yang pelik dulu ada keluar dalam berita, gadis disantau melalui facebook dengan hanya menggunakan gambar yang dimuatnaik. Kes perceraian dan kecurangan pasangan jugak berlaku di Malaysia, tetapi tak pasti berapa peratus kes seperti itu berlaku.
SUMBER http://nurizspace.com/
4infomasi
No comments:
Post a Comment