Kenyataan empat orang pemimpin PAS Selangor menentang tindakan MAIS yang tidak bersetuju untuk memulangkan semula kitab Bible versi Bahasa Melayu setelah dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) daripada Persatuan Bible Malaysia, Januari lalu dilihat sebagai satu langkah memperlekehkan Islam dan Perlembagaan Negara.
Dalam Perlembagaan Malaysia Artikel 11(4) dengan jelas menyatakan bahawa dalam kebebasan beragama , kita masih tertakluk kepada larangan penyebaran agama lain kepada umat Islam. Maksudnya agama-agama lain seperti Kristian, Hindu, Budha dan lain-lain lagi dilarang menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Dengan erti kata lain umat Islam tidak boleh murtad.
No comments:
Post a Comment