05/06/2014

Bapa Jumpa Anak Gadis Keletihan Di Kerjakan Rakan Facebook

Padang Besar: Kerisauan seorang bapa mengenaikehilangan anak perempuannya berakhir tragedi apabila anaknya yang berusia 16 tahun ditemui tidak bermaya selepas dirogol seorang lelaki yang dikenalinya melaluilaman sembang maya di sebuah rumah di Sungai Jernih, Bukit Keteri, di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa ditemui bapanya di rumah suspek selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya sejurus dia membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Mata Ayer, di sini, pada hari sama.
Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 52 tahun itu menemui mangsa berseorangan di rumah suspek. Mangsa dikatakan sempat membuat panggilan telefon selepas suspek yang berusia 21 tahun tidak berada di rumah itu.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai dirogol beberapa kalisejak dia hilang daripada rumah, Isnin lalu. Menurutnya, pelajar tingkatan empat itu yang ditemui keletihan kemudian dibawa bapanya membuat laporan polis mengenai kejadian menimpanya.
“Bapa mangsa tampil bersama anaknya di Balai Polis Arau, di sini, bagi membuat laporan dan mengaku dia dirogol remaja lelaki yang juga penganggur.“Mangsa memberitahu bahawa dia dirogol di rumah suspek beberapa kali,” katanya yang ditemui di sini, semalam.
Che Man berkata, suspek ditahan di rumahnya sejurus selepas aduan dibuat bapa mangsa.“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Foto hiasan
sumber : beritahariann

No comments:

Post a Comment