Isu "Babi Dalam Coklat" walaupun nampak dah mula reda namun masih ramai lagi yang wujud perasaan was was, tak kurang juga ada yang masih dan terlalu ingin tahu Siapa Dalangnya?
Aakj pernah persoalkan d SINI tentang Pegawai yang bertanggungjawab menerima hasil pemeriksaan terhadap sample Cadbury..(walaupun ejaan salah dalam kertas laporan tersebut)
Isu ini jadi hangat, baik dari sudut Ilmiah tentang hukum Halal dan Haram, malah siap rujuk Fatwa Ulama kononnya tersohor, Yusuf Qaradawi dan juga Ustaz-ustaz tempatan.
Bagi Aakj, isu Halal dan Haram tu kita serah pada yang berwajib, malah Jakim sendiri ada satu Badan Khas yang dibentuk Kerajaan Malaysia untuk menjadi tempat menentukan STATUS HALAL HARAM ke atas sesuatu perkara..termasuk MAKANAN !!
Apa yang menjadi persoalan Rakyat Malaysia, siapa dalang atau kenapa hanya Cadburry? Bagaimana dengan Coklat lain? Apakah ramuan untuk buat Coklat ini tidak sama? Apakah "PERANTARA" yang digunakan oleh Coklat Jenama lain?
Ada yang berpandangan Jakim dan Cadbury bersikap seolah-olah tidak pandang serius untuk betulkan keadaan..nampak seolah olah mereka biarkan isu ini jadi pertelagahan antara Ulama..tidak nampak bahawa mereka pandang serius untuk bongkar kenapa JAKIM dan Cadbury Malaysia jadi sasaran dalam banyak-banyak Kilang Coklat di Malaysia.
'Clue" sudah ada..Rakyat Malaysia nak tengok dan nak tahu..siapa yang bersungguh benar nak hancurkan nama baik JAKIM dan Cadbury..atau Cadbury hanya camouflage kerana SASARAN utama mereka adalah hancurkan kepercayaan Rakyat Malaysia terhadap JAKIM !!
Apakah JAKIM dan Cadbury telah ditampal plaster mulut kerana ianya melibatkan pertelagahan 2 Jabatan ?
..bersambung...Kenapa JAKIM jadi sasaran !
No comments:
Post a Comment