Home » » Prk Teluk Intan : Foto Penyokong Superman Dap Mengamuk

Prk Teluk Intan : Foto Penyokong Superman Dap Mengamuk

Written By Unknown on 30/05/2014 | 3:35 pm

Penyokong Superman Mahu UBAH Dyana

Poster menolak Dyana dan menerima Superman telah tersebar di pasir berdamar, taman ros, tokong taman ros, taman melur (dekat hotel Teresa Kok menginap)

Tersebar juga di pekan teluk intan, bandar baru teluk intan berdekatan dengan command center DAP.

Poster tersebut bermaksud :
Kami tidak perlu dyana, wo men yao (kami nak) superman....

我们不要 dyana, 我们要 superman.....

Dipercayai disebarkan oleh kumpulan penyokong Superman yang tidak berpuashati bila Dyana yang merupakan orang luar dan proksi Tony Pua dicalonkan di Teluk Intan.

Dyana tidak ada "track record" sebagai pemimpin DAP yang baik kecuali hanya terlibat dalam program Impian Sarawak. Malah dua tiga orang pembantu khas wanita yang dibawanya dari UiTM tersebut didapati adalah penyokong kuat kumpulan pro aspirasi di kampus.

Penyokong Superman, penyokong Nga Kor Ming dan penyokong Sivakumar memang ada calon sendiri untuk kerusi parlimen Teluk Intan. Namun Kit Siang lebih percaya cakap Tony Pua yang mahu letakkan anak ahli wanita UMNO tersebut di Teluk Intan. Sebab itulah Kit Siang terpaksa ada 24 jam di Teluk Intan.

Mereka masih lagi percaya Dyana adalah agent PERKASA kerana ibunya hanya keluar PERKASA setelah didesak oleh wartawan dalam satu sidang media. Mengapa ibu Dyana tidak isytihar keluar UMNO?

Ini bermakna Yammy dan Dyana pada bila bila masa sahaja boleh keluar DAP dan masuk UMNO semula. Lebih menghairankan adalah mengapa Ibrahim Ali tidak langsung mengherdik Dyana secara terbuka?

Semalam, kehadiran ke ceramah DAP juga kurang memuaskan biarpun yang hadir adalah pemimpin pemimpin utama mereka. Dyana mulai bimbang kerana kekurangan jentera tempatan yang membantunya untuk kempen.

Semua jentera Dyana majoritinya adalah dimport dari luar Perak dengan elaun sebanyak RM200 sehari. Dibiayai sepenuhnya oleh DAP pusat.

Penyokong Superman, Nga/Ngeh dan Siva sudah marah dengan Dyana. Khabarnya sudah ada pertemuan sulit antara Superman dan orang orang Mah bagi membincangkan strategi menumpaskan Dyana esok di Teluk Intan. Mereka terpaksa berpakat secara rundingan "kongsi gelap" bagi memastikan perniagaan mereka tidak terjejas.

Ketua kongsi gelap sudah berunding dan membuat pertaruhan siapa akan menang esok. Mereka berpendapat pertaruhan terhadap Mah adalah lebih menguntungkan.

Mah jadi menteri mereka senang. Dyana jadi ahli parlimen belum tentu senang jumpa dia di Teluk Intan. Entah entah Dyana tidak bertanding lagi di Teluk Intan dalam PRU14. Buat apa tunggu PRU14 baru hendak UBAH Dyana, esok adalah hari paling sesuai untuk UBAH.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger