Kemarau 21 tahun untuk Malaysia raih Piala Thomas nampaknya berpanjangan dek kekalahan mengejut pasukan negara kepada Jepun; negara yang pernah menghalang Anwar Ibrahim masuk.
Mungkin semangat “menghalang” itu telah membuatkan para pemain badminton Jepun kental jiwanya untuk mengalahkan Malaysia.
Apa lagi yang mampu kita lakukan, kerana kelihatan ada watak “penumpang” dalam skuad kita kali ini. Biarlah BAM yang tentukan akan strategi seterusnya, kerana mereka lebih mahir berbanding pemerhati seperti penulis ini.
Sebagai cadangan, BAM boleh memulakan untuk mengadakan siri demonstrasi jalanan dek kekalahan semalam kerana jelas kemenangan untuk rakyat Malaysia “dirampas” oleh sistem yang berat sebelah, korup dan tidak telus.
Apa tidaknya, jika dikira dari keseluruhan markah yang dimenangi Malaysia, kita meraih 242 mata berbanding Jepun iaitu 234.
Tentunya Datuk Lee Chong Wei menyumbang mata terbesar kepada Malaysia dengan kemenangan 21 – 12 dan 21 – 16 dengan meraih lebihan mata popular sebanyak 14. Ia diikuti dengan Goh V Shem – Tan Wee Kiong yang menang 19-21, 21-17 dan 21-12 sekaligus menyumbang 11 mata popular.
Jika kesemua keputusan perlawananan dicampurkan, Malaysia meraih kelebihan 8 mata popular dan seharusnya kita lah pemenang mutlak pada kejohanan yang berakhir semalam.
Mata popular ini menyaksikan BAM mempunyai “ultimatum” dan “kredibel” untuk membuat bantahan, samada bertulis atau di jalanraya. Tetapi, demi demokrasi, penulis sarankan agar demonstrasi jalanraya dibuat di seluruh kedutaan Jepun. Menghantar Anwar Ibrahim sebagai wakil negara juga mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menyatakan bantahan.
Almaklumlah, Anwar Ibrahim serta kuncu-kuncunya cukup bijak dalam isu populariti ini. Mungkin hujah berkenaan undi popular boleh diterjemah kepada mata popular agar dimanipulasi dan digunakan sebaik mungkin untuk meraih apa yang jelas hak milik Malaysia semalam.
PAS sudah boleh mengeluarkan arahan kepada ahlinya untuk bersedia turun berdemo melalui surat rasmi parti itu, seperti yang sering diamalkan pada acara-acara demo sebelum ini.
Jangan lupa gunakan topeng Ultraman, Sailor Moon atau Ksatria Baja Hitam sewaktu berdemo nanti, untuk mengelakkan wajah anda dikesan dan seterusnya tidak dibenarkan masuk ke Jepun.
#Mohon terasa
mykmu
Hahaaaa !!! Aku sokong !!! Nanti aku dtg berdemo bawak anak kecil aku dgn patung doraemon :-)
ReplyDelete