04/05/2014

Penemuan Harta Karun Hanya Satu Helah?

Syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd diberi kontrak empat bulan oleh kerajaan negeri Melaka untuk mencari harta karun di Pulau Nangka, Melaka. Kontrak mereka berakhir pada 12 tengah malam Rabu lalu.

Tiba-tiba pada malam Rabu itu juga iaitu pada 11.15 malam syiling pertama ditemui dan kira-kira 11.30 malam syiling kedua ditemui, setengah jam sebelum kontrak mereka berakhir.

Inilah yang menjadi kesangsian kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sehingga mengeluarkan kenyataan berikut hari ini.

“Saya masih tidak yakin penuh apa yang dijumpa itu datang daripada kawasan itu (Pulau Nangka), mungkin sesuatu yang tercicir atau dicicirkan, ini kita kena siasat,” katanya di Seri Bendahara Melaka.

Adakah syarikat tersebut telah berbuat sesuatu untuk mengelakkan mereka ditamatkan kontrak?

josrevalution



No comments:

Post a Comment