03/05/2014

Peliwat Di Liwat 20 Banduan Lain Update :Rupanya Dia Seorang Jurulatih Jiu-Jitsu !!



Semalam Aakj keluarkan artikel pertama d SINI

Taguatinga (Brazil) – Seorang jurulatih seni mempertahankan diri jiu-jitsu dari Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara.

Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu.

Lebih sadis, selepas dia pulih dari kecederaannya, dia sekali lagi ‘dikerjakan’ oleh banduan tersebut yang bertindak mengoyakkan jahitan pada bahagian duburnya dan meliwatnya buat kali kedua.

“Tompokan darah pada seluar yang dipakai Daryell membuktikan betapa dia menderita dengan keganasan para banduan itu,” menurut sumber.

Kejadian itu kini menjadi buah mulut ramai sehingga mecetuskan perdebatan sama ada ia setimpal dengan jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Namun, ramai yang bersetuju dengan menyifatkan Daryell bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dia tidak dibunuh seperti anak tirinya.

Menurut surat khabar tempatan, masalah Daryell bermula apabila teman wanitanya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka dan meninggalkan anaknya bersama bekas teman lelakinya itu.

Beberapa jam kemudian, Daryell menelefon wanita itu dan memaklumkan anaknya itu terjatuh.

Kanak-kanak yang berumur 20 bulan itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan menghembuskan nafas terakhirnya dua hari kemudiannya.

Namun doktor yang merawat kanak-kanak malang itu mendapati terdapat beberapa kesan yang koyakan di dubur mangsa lalu menghubungi pihak polis agar satu siasatan dapat dijalakan.

Hasil siasatan yang dilakukan, Daryell akhirnya ditahan atas dakwaan melakukan penderaan seksual dan menyebabkan kematian mangsa.

sumber 


No comments:

Post a Comment