05/05/2014

Parti Gerakan Lancar Kempen SAVE MALAYSIA, NO HUDUD!!

Parti Gerakan hari ini melancarkan laman Facebook ‘Save Malaysia, No Hudud’ bagi terus menyatakan pendirian untuk menolak pelaksanaan hudud di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Liang Teck Meng berkata, laman Facebook itu akan menjadi saluran bagi me­nyam­paikan maklumat dan pan­dangan mengenai hudud, selain platform perbincangan bersama orang ramai ber­hubung perkara itu.

“Ia (laman Facebook) akan menjadi platform terbaik bagi kita berinteraksi dengan orang ramai selain menyampaikan pandangan mengenai hudud,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman Facebook itu di Menara PGRM, di sini hari ini.

Liang berkata, Gerakan menghormati agama Islam, namun undang-undang Islam itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Saya ingin menegaskan pendirian kami bahawa tidak se­mestinya antihudud itu anti-Islam…Cuma hudud ti­dak sesuai dilaksanakan di negara ini,” katanya. – BERNAMA


Suaratv

No comments:

Post a Comment