04/05/2014

Kumpulan Militan Malaysia ;Pelajar Kolej Swasta Antara Yang Di Tangkap !!



Kuala Lumpur – Polis telah mengenalpasti pemilik akaun Facebook yang disyaki mendalangi kegiatan merekrut anggota baharu militan.

Individu terbabit turut mengumpul dana menggunakan media sosial.

Menurut sumber polis, tembelang individu berkenaan yang juga ahli kumpulan militan dibongkar oleh beberapa suspek militan yang ditahan baru-baru ini.

Sumber risikan polis juga mendapati, melalui internet, kumpulan itu hanya mengambil masa beberapa jam untuk mendapatkan ahli.

Ia berbeza dengan kaedah konvensional yang mengambil masa setahun.


Internet mengubah modus operandi kumpulan seperti Al Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) dalam merekrut, berkomunikasi, merancang operasi dan melancarkan serangan.

Bagi mengaburi pihak berkuasa juga, gambar profil dan nama akaun yang digunakan langsung tidak ada kena mengena dengan unsur keganasan.

Polis sedang memantau pergerakan mereka dan beberapa tangkapan dijangka dibuat dalam waktu terdekat.

Setakat ini, 11 suspek militan termasuk dua wanita diberkas.

Dua daripada suspek adalah pelajar kolej swasta.



SuaraTv

No comments:

Post a Comment