04/05/2014

#GST: Sebarkan, Polis Mula Buru Samseng Yang Kasari Petugas Media !!

ANTI GST: Polis Mula Mengesan Individu Kasari Petugas Media



Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menyiasat perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di sini Khamis lalu, yang didakwa melanggar beberapa syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan meliputi, antaranya, tidak memberi notis sebelum mengadakan perhimpunan serta membawa kanak-kanak, bom asap, suar dan senjata tajam seperti pisau.

Bercakap pada sidang media selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras pada Sabtu, beliau berkata pihaknya juga masih mengesan individu yang mengasari petugas media melalui rakaman gambar pada perhimpunan itu.

Dalam kejadian itu, tiga jurukamera dikasari sekumpulan peserta berpakaian serba hitam dan menutup muka.

Dua daripada mereka ditumbuk dan disepak manakala seorang lagi terkena balingan kayu.

– BERNAMA

No comments:

Post a Comment