29/05/2014

"Calon Hudud" Sudah Ada, Beranikah Pas Kelantan Laksanakannya ?



Berani Pas nak laksanakan HUDUD ?
Sanggup ?

Setahu Aakj..bulan depan Pas akan bentangkan draf Hudud d Parlimen..tu pun Pas dok bagi alasan serahkan pada Jawatan Kuasa Teknikal la pulak..berbelit..berpusing !!


Polis telah menahan sembilan orang lelaki dan seorang wanita untuk membantu siasatan berhubung laporan seorang pelajar tingkatan dua yang didakwa dirogol oleh 38 lelaki Selasa lalu.

Menurut laporan Berita Harian, antara suspek yang ditahan termasuk seorang lagi remaja yang turut menjadi mangsa dirogol.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata empat suspek ditahan semalam manakala enam lagi ditahan awal pagi ini di sekitar Ketereh.

Menurut laporan itu, pelajar tingkatan dua itu dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Kejadian berlaku apabila seorang rakan kepada mangsa rogol, telah meminta mangsa untuk mengambilnya di Ketereh.

Mangsa kemudiannya menghubungi seorang rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh.

Selepas mengambil rakan mangsa, rakan lelaki mangsa membawa kedua-dua mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.

Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.

Selepas itu, dikatakan lebih 30 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mereka secara bergilir-gilir.

Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit di bahagian kemaluannya.

Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas diberitahu mengenai kejadian itu.

No comments:

Post a Comment