Home » » Terkini ; Bekas Pemandu Anak Zahid Hamidi Menyamun !!

Terkini ; Bekas Pemandu Anak Zahid Hamidi Menyamun !!

Written By Unknown on 27/04/2014 | 1:34 am

SEGERA: Bekas Pemandu Anak Menteri Dalam Negeri Disyaki Mencuri

Kajang – Pemandu kepada anak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah dipercayai mencuri wang tunai RM1,000 dan dua jam tangan serta beberapa barangan peribadi di kediamannya di Jalan Pelangi Pagi, Country Height, di sini, pagi tadi.

Kejadian itu disahkan oleh Zahid ketika ditanya pemberita selepas majlis perasmian Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kejadian itu.

“Bukan (rumah) dipecah (masuk)…ada beberapa barangan yang hilang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kes ini dipercayai dilakukan bekas pemandu anaknya dan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan,” katanya. – Harian Metro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger