Home » » Rahsia Skandal Curang Juruterbang #MH370 Didedahkan...

Rahsia Skandal Curang Juruterbang #MH370 Didedahkan...

Written By Unknown on 01/04/2014 | 12:41 am



Dari SUMBER :-

Anak kepada Kapten Zaharie Ahmad hari ini mengutuk tindakan akhbar tabloid antarabangsa Daily Mail yang melaporkan juruterbang itu mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat MH370 hilang pada 8 Mac.

Ia susulan laporan akhbar berpengkalan di United Kingdom pada 29 Mac yang mengatakan bahawa Kapten Zaharie berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil kerana mempunyai masalah rumah tangga serta sedang dalam proses penceraian.

Menurut Daily Mail lagi, isteri Kapten Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan telah memberitahu pihak penyiasat yang kononnya suaminya selalu mengenepikan ahli keluarganya dan hanya menghabiskan masa berjam-jam dengan simulator penerbangannya.

Namun begitu, anak perempuan kepada juruterbang pesawat MH 370 itu, Aishah Zaharie telah menyelar tindakan akhbar Britain tersebut dan menganggap berita itu sebagai fitnah.

Aishah dalam status terbarunya di Facebook turut menyatakan yang dia tidak akan memaafkan dakwaan berkenaan dan menganggap fitnah itu sebagai lebih teruk dari membunuh.





Pada 15 Mac, sepasukan polis dari Bukit Aman telah merampas simulator dari kediaman Zaharie di Shah Alam untuk siasatan.

Ekoran itu juga, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Sabtu 29 Mac berkata tiada apa-apa yang mencurigakan ditemui di dalam simulator milik Kapten Zaharie.

Pesawat MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan membawa 239 penumpang serta anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Pada 24 Mac lepas, Najib mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger