30/04/2014

Penipuan Pemilihan: Foto Chegu Bard Malu, Hanya 10 Orang Sahaja Datang Berdemo..





Sepatutnya pada pukul 3:45 petang tadi, satu demonstrasi besar berlaku di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana yang dipimpin oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Bagaimanapun, disebabkan jumlah kehadiran amat mengecewakan, demonstrasi tersebut dibatalkan sebaliknya hanya penyerahan memorandum bantahan penipuan pengundian sahaja dibuat oleh Chegu Bard.

Yang menerima memorandum tersebut adalah bekas Ketua Wanita MCA, Tan Yee Kew yang kini merupakan Bendahari PKR Selangor dan Timbalan Pengerusi Jawatan Pemilihan Parti.





Difahamkan juga, demonstrasi tersebut turut dibatalkan setelah berlaku pertemuan empat mata antara Chegu Bard dengan Anwar Ibrahim.





Chegu Bard telah mencetuskan polemik berhubung undian kepada Azmin Ali dalam beberapa siri pendedahan tentang penipuan mendapatkan undi oleh penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu. Azmin Ali telah dicabar oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Setakat yang diketahui, Azmin Ali mendahului perlumbaan tersebut.

No comments:

Post a Comment