14/03/2014

Usaha Kembalikan #MH370 ; Foto Ulama & KAGAT Solat Hajat & Habiskan 30 Juzuk Di Pulau

mynewshub.my

RAMAI yang tertanya-tanya, tiadakah ulama-ulama terkenal kita buat ‘sesuatu’ mengenai misteri kehilangan MH370 ini?

Takkan nak biar bomoh Ibrahim Mat Zain buat kerja ‘bodohnya’ hingga ditertawakan dunia?

Jawapannya ada, cuma bukanlah menjadi amalan para ulamak kita mencari publisiti murahan sampai begitu sekali.

Hari ini Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut dan bekas imam besar Masjid Negara, Datuk Firdaus Ismail bersama lebih 16 pegawai agama dari Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat) ke Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu dari Pelabuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tok Bali, Kelantan.


Di sana mereka akan bersama-sama mengadakan solat hajat dan menghabiskan 30 juzuk bacaan al-Quran bagi memohon petunjuk daripada Allah S.W.T

Ia merupakan satu “nilai tambah” dalam usaha menghadapi apa jua keadaan seperti mana yang berlaku sekarang ini.

” Membaca ayat-ayat suci al-Quran itu juga merupakan satu mukjizat bagi memohon pertolongan Allah SWT. Di sana nanti kami juga adalah musafir dan doa golongan ini lebih diterima Allah S.W.T terutama apabila dilakukan di pulau,” katanya.


Dalam pada itu, wartawan-wartawan terus berkampung di Pelabuhan Maritim Malaysia Tok Bali yang dijadikan salah satu bilik operasi mencari pesawat berkenaan.

Mereka setia ‘menanti’ walaupun belum ada tanda-tanda pesawat MH370 ditemui setakat ini.

mynewshub

No comments:

Post a Comment