02/03/2014
Segamat Seks Terbuka ; Penoreh Getah Beratur Untuk Dapat Khidmat "Nina Montok"
SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.
Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkanpenoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.
Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.
“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.
No comments:
Post a Comment