Home » » #pray4MH370 ; Mas Sediakan Kaunselor Tenteram Waris Pesawat Hilang

#pray4MH370 ; Mas Sediakan Kaunselor Tenteram Waris Pesawat Hilang

Written By Unknown on 08/03/2014 | 8:49 pm

Sedia 10 Kaunselor Tenteram Waris Pesawat Hilang

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan 10 kaunselor bagi mententeramkan waris anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden pesawat MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China sejak pagi tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM Zulkiply Ramli berkata perkhidmatan itu akan disediakan selama 24 jam sehingga situasi kembali pulih.

“Kaunselor-Kaunselor ini pakar dalam memberikan khidmat kaunseling terutama kepada mereka yang berada dalam keadaan trauma,” katanya kepada pemberita di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Seorang daripada kaunselor berkenaan, Norazura Ahmad berkata, mereka perlu bersedia memberi sokongan emosi kepada keluarga mangsa.

“Ini supaya mereka boleh menerima kenyataan. Ada keluarga yang tidak akan dapat terima kenyataan dan hanya menangis,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kaunselor akan membiarkan anggota keluarga bertenang terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang soalan.

“Kita kena beri tempoh masa kepada mereka yang trauma dan kaunselor akan bersedia untuk mendengar,” katanya.

-mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger