12/03/2014

#pray4MH370 ; Ketua Pengarah DCA Patut Ditukar

azharuddin

PENULIS tidak pasti bagaimana Datuk Azharuddin Abd Rahman ini boleh dipilih mengetuai agensi terpenting seperti Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Adakah kerana dia ini layak atau kerana pandai berpura-pura macam layak, penulis tidak begitu peduli dan mahu ambil tahu.

Yang penting sekarang, tindakan dan kenyataan Azharuddin setelah dilantik menjadi Pengarah Operasi Menyelamat penerbangan MH370 yang berlaku sekarang, diakui ramai telah banyak menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.

Prestasi Azharuddin dilihat begitu lemah sekali, seolah-olah tidak ada orang lain yang lebih layak untuk mengetuai DCA dan usaha menyelamat semasa krisis ini selain dia.

Antara lain, Azharuddin didapati gagal berkomunikasi dengan baik, tahap penguasaan bahasa Englishnya begitu lemah sekali untuk orang berjawatan tinggi dalam sektor sensitif seperti DCA dan sering kali dilihat kelam kabut dalam mengendalikan situasi sukar seperti sekarang.

Malah Azharuddin juga didapati memberikan beberapa kenyataan bercanggah seperti dakwaan kononnya 2 penumpang yang menggunakan pasport palsu itu bukan dari kalangan orang Asia tapi Eropah dan terdapat 5 penumpang yang sudah daftar masuk tapi tidak menaiki pesawat malang tersebut.

Dalam kes penumpang yang dikatakan mirip orang Eropah itu, Azharuddin pergi lebih spesifik apabila mengatakan salah seorang dari mereka kelihatan seperti pemain bolasepak AC Milan – Mario Barwuah Balotelli!!!

Walhal dari fotofit yang diedarkan polis petang tadi, kedua-duanya tidak langsung kelihatan seperti Mario malah dikenalpasti pula sebagai warga Iran yang cuba mencari kehidupan lebih baik di Jerman dengan cara yang salah (guna pasport curi).

Anehnya, dalam masa yang sama Azharuddin kerap meminta rakyat dan media agar tidak mempercayai laporan dalam Internet kerana kononnya tidak disahkan terlebih dahulu, apa yang dia sebagai Pengarah Operasi pun bagi maklumat yang salah juga!!

Jadi bagi mengelakkan lebih banyak kelam kabut dalam menguruskan situasi ini, kerajaan seharusnya segera menukarkan Azharuddin dengan orang lain yang lebih berkelayakkan dari semua sudut. Lebih lama Azharuddin dibenarkan di posisinya sekarang, lebih teruklah imej negara kita pada pandangan antarabangsa.

Kalau memecatnya dilihat terlalu drastik, bagilah apa alasan lain yang kelihatan munasabah, antaranya alasan kesihatan dan sebagainya.

Baca selanjutnya d SINI

Aakj ; dengar-dengar kuat juga 'turun padang' dengar ceramah politik..ye ke..??

No comments:

Post a Comment