13/03/2014
#pray4MH370 ; Foto "Bomoh MH370" Teruk Kena Troll Di Internet
Tidak sangka pula gelagat tok bomoh ini menjadi trending di laman sosial. Setakat artikel ini dibuat telah lebih 7 kejadian yang dirakam berlaku dan diupload ke laman sosial. Dr Maza yang menganggap perbuatan ini sebagai perbuatan bodoh dan juga memperbodohkan diri.
Perbuatan ini jelas boleh memesongkan aqidah umat Islam khususnya di Malaysia ini. Jakim juga pada mesyuarat panel kajian akidah tahun 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik.
Yang herannya Menteri Agama UMNO BN Jamil Khir bukannya melarang sebaliknya mengalu-alukan pengamal tradisional untuk membantu misi mencari pesawat MH370 yang masih hilang walaupun jelas Ibrahim Mat Zin bukan sahaja memesongkan akidah umat Islam malah ia memalukan negara apabila perbuatan bodohnya mendapat liputan seluruh dunia.
-sumber
Sejahtera ke atas tuan.. mane tuan pasti menteri agama yg invite? kalo ye x pe, kalo x cmane tu?.. selidik la dulu, ade bukti lampirkan skali buat tatapan umum, kita org Islam bkn org fasiq
ReplyDelete