08/03/2014

Kes Anwar Liwat Saiful ; "Benarlah Janji Allah" -Saiful

TAHNIAH: Saiful Bukhari Pilih Wartawan/ Pembaca Berita TV3, Nik Suryanie Suri Hidupnya...

Photo: Takbirrrrrr!!!!!!

Mangsa liwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan beranggapan keputusan sabitan ke atas Anwar pada hari ini adalah petunjuk kebenaran janji Allah yang mengatasi yang bathil (jahat).

Dalam kemaskini terbaru di blognya mohdsaifulbukhari.blogspot.com beliau berkata keputusan itu ditakdirkan berkat doa, istiqamah dan kesabaran beliau selama enam tahun.

Berikut artikel penuh dari blog beliau :-

Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil.

Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah hari ini yang memihak pada saya.

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya.

Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Akan terus Istiqamah

Kepada Allah saya berserah

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabitkan kesalahan meliwat Saiful pada 2008 dan dijatuhi hukuman penjara lim tahun oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada prosiding hari kedua rayuan pasukan pendakwaan terhadap pembebasan Anwar pada 2012. – MYNEWSHUB.MY

No comments:

Post a Comment