04/03/2014

Hidangan Patin RM 1415 ; Pemilik Restoran Tampil Buat Penjelasan

Aakj secara peribadi memohon maaf kerana terima info yang tidak betul..semalam Aakj keluarkan d SINI 

Semalam kami ada terlihat gambar resit yang didedahkan di laman sosial yang mengatakan harga makanan di Restoran Ima di Temerloh ini mahal. 

Akan tetapi bagi mereka yang sudah biasa dengan makanan seperti yang dinyatakan di dalam bil tersebut memang tidak terkejut dengan harga yang ditunjukkan.

Di bawah kami kongsikan kepada anda, kisah dari seorang rakan kami yang pernah mengunjungi restoran tersebut, ikuti penjelasan dari beliau:




Aku memang bekerja di Temerloh dan biasa menikmati hidangan seperti patin tempoyak. Tetapi tidak lah mampu nak makan patin buah atau kelah sebab harga nya memang mahal. Cukup sekadar merasa ikan lampam atau kerai jika teringin makan.

Jadi aku kongsikan jawapan dari pemilik restoran untuk menjawab segala persoalan yang berlegar di FB sekarang ini.

Salam sejahtera…sy owner Kedai ni nak buat penjelasan atas resit ni..terima kasih atas komen2 yg Positif dan negatif…malah ada yg mencemuh dan berburuk sangka..resit ni adalah benar dan pelanggan sy MR. Wong KK telah tempah semua makanan ni utk mkn tengahari bersama kawan2 bikers nya..makanan ni sy adakan atas permintaan beliau..utk makluman saudara dan saudari semua…makanan INI tidak dijual pada hari2 biasa di Kedai kami hanya utk tempahan shj. 

Bil INI di hantar utk kawannya yg x dpt ikut serta dlm konvoi tersebut..bkn utk menunjuk2…sy agak lmbat menjawab isu INI demi menjaga pelanggan kami dan Cuba menjawab dalam bahasa yg sebaik mungkin…

INI ada lah exotic food dan dihidangkan bermasak…tiada masalah mahal or murah Tp makanan yg mahal adalah BG yg mampu..yg x mampu boleh makan patin sangkar shj…kalau free turunlah ke pekan sehari Temerloh utk survey harga ikan2 tersebut…

sy ada bil yg mencecah 5k lebih utk tempahan makan…pelanggan kami akan dtg lg bersama2 kawan2nya kerana beliau amat berpuashati atas keaslian hidangan kami..semua gambar2 makanan tersebut dan pelanggan ada di fb sy…boleh terus pm sy atau komen dan sy akan Cuba menjawab sebaik mungkin…sekian terima kasih. -En Haris Harley




Dipetik dari Facebook En.Haris Harley


Harap ini dapat menjelaskan segalanya.

Kepada mereka yang tidak tahu hal sebenar, jangan cepat menghentam dan terus menyalahkan pemilik restoran mendakwa mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan mengenakan cas yang mahal terhadap pelanggan mereka.

Benar seperti apa yang dikatakan hidangan yang disediakan adalah eksotik jadi kita serba maklumlah kebanyakan ikan yang sukar untuk didapati ini dan ‘fresh’ pula memang mahal harganya.

Update dari
myMetro:

Kuantan: “Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh.

“Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan,” kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal.

Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau.

Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui.

Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.

“Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut.


-sumber


No comments:

Post a Comment