06/03/2014

Cam Stoppa Je ; Isteri Iklankan "Suami"

Texas – Seorang isteri yang marah kerana suaminya mempunyai perempuan simpanan dan bakal mendapat cahayamata dengan perempuan itu telah membeli iklan untuk membalas dendam pada suaminya.




Pada iklan di suratkhabar itu, wanita tersebut yang dikenali sebagai Timeshia Brown telah menulis sekeping nota yang ditujukan kepada suaminya, Patrick dan kekasihnya, Shara Cormier.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Shara Cormier dan Patrick Brown. Mereka bakal mendapat cahayamata. Didoakan semoga anda berdua mendapat cinta sejati dan berkekalan, Yang benar, isteri Patrick Timeshia Brown.

Tidak diketahui bila iklan itu diterbitkan namun ia telah dikongsi dalam Facebook.

Dalam pada itu, rakan sekerja dan saudara Cormier yang menetap di Sabine enggan mengulas mengenai iklan tersebut.

Manakala dalam Facebook Cormier pula menunjukkan Patrick Brown turut berada sebagai senarai kenalannya dan mereka menetap di bandar yang sama.

Namun Timeshia tidak dapat dikesan.

No comments:

Post a Comment