Selepas disebut-sebut bakal menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, kini Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding kerusi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantikan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut beliau, langkah itu sebagai memastikan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi parti betul-betul terjamin daripada sebarang serangan untuk rampasan kuasa dari dalam parti sendiri.
Beliau turut mencadangkan agar isterinya Dr Wan Azizah tidak bertanding dan meletakkan jawatan pada pemilihan PKR Mei depan.
“Ya.. saya dengan serius sedang melihat laluan untuk bertanding kerusi Presiden PKR,”
“Wan Azizah telah pun memikirkan dalam beberapa tahun ini untuk meletakkan jawatan kerana beliau mahu menghabiskan lebih banyak masa dengan cucu-cucunya,” katanya menurut laporan The Malay Mail.
Nampak gaya Anwar sepanjang jalan cuba menipu Rakyat Malaysia dan penyokongnya malah lebih teruk ahli partinya sendiri..beliau cuba tutup perlembagaan partinya sendiri.. ;
7.1.3. Tanpa menghiraukan apa-apa peruntukan lain dalam Perlembagaan ini, seseorang ahli tidak boleh dicalonkan atau bertanding untuk memegang sebarang jawatan (jika telah dipilih atau dilantik, maka dengan serta-merta terlucut dengan sendirinya) jika dia dilarang oleh undang-undang daripada memegang jawatan di dalam Pertubuhan atau jika dia dikenakan hukuman disiplin yang melarangnya memegang jawatan.
Apakah Anwar hanya melontarkan hasrat untuk bertanding Presiden semata-mata nak gertak Azmin supaya jangan masuk bertanding dan mengekalkan bininya sebagai Presiden parti tanpa d usik oleh mana-mana calon lain terutama Azmin Ali?
Apakah Anwar lupa perlembagaan d atas yang berkait dengan akta pertubuhan 1966 (R.O.S)..kita lihat sejauhmana lagi Anwar nak MEMBOHONGI RAKYAT MALAYSIA..Anda semua tak terasa d tipu lagi dan lagi?
Foto hiasan
No comments:
Post a Comment