Jika seseorang dihalang dari menaiki pesawat kerana disyaki membawa bahan letupan atau benda merbahaya, mungkin itu perkara biasa. Namun, pernahkah anda mendengar penumpang dihalang ataupun diusir dari pesawat kerana sebab-sebab yang pelik?
Dibawah ini kami senaraikan beberapa kejadian pelik dimana penumpang telah didihalang daripada menaiki pesawat.
Menyanyi lagu Whitney Houstan
Sebuah penerbangan American Airlines yang menuju ke New York dari Los Angeles telah membuat hentian kecemasan pada bulan Mei 2013 yang lepas semata-mata untuk mengeluarkan seorang penumpangnya yang enggan berhenti daripada menyanyikan lagu-lagu Whitney Houstan.
Penumpang tersebut memulakan nyanyian sejurus kapal terbang berlepas dari Los Angeles dan nyanyiannya lama-kelamaan menjadi gangguan kepada penumpang lain dan juga krew pesawat tersebut.
Kerana itulah juruterbangnya terpaksa mengubah laluan dan berhenti di Kansas City untuk mengeluarkan wanita tersebut daripada pesawat itu.
Wanita itu kemudiannya dibebaskan tanpa didakwa namun pihak American Airlines enggan menerbangkannya ke destinasi yang sepatutnya dituju wanita tersebut.
Mengucapkan 'Selamat Tinggal Kapal Terbang' semasa berlepas
Pada bulan Julai 2007, Kate Penland dan anak lelakinya, Garren, 19 bulan, sedang dalam perjalanan dari Atlanta menuju ke Oklahoma dengan menaiki pesawat Continental Express semasa anaknya berkata 'selamat tinggal kapal terbang' secara berulangkali.
Apabila Kate enggan memberikan ubat Benadryl kepada anaknya untuk mendiamkan Garren setelah diminta oleh petugas di dalam pesawat, maka petugas tersebut mengumumkan yang mereka akan berpatah-balik untuk mengeluarkan Kate dan anaknya dari pesawat tersebut.
Menyebut perkataan 'Bom' beratus kali
Pada bulan April 2013 yang lalu, Michael Doyle telah membawa bersama-samanya dokumentasi yang diperlukan yang menyatakan tentang penyakit sindrom Tourette yang dihidapinya jika berlaku sebarang kecelaruan.
Sindrom Tourette adalah satu masalah neurologikal yang boleh menyebabkan pertuturan yang tidak boleh dikawal. Namun, semasa proses 'check in', dia telah menyebut perkataan 'bom' lebih 100 kali.
Menurut Michael, pada ketika itu apa yang terbayang di mindanya ialah tentang peristiwa pengeboman di Marathon Boston dan semakin dia resah, pertuturannya menjadi semakin teruk. Walaupun pihak keselamatan membenarkan dia menaiki pesawat, namun juruterbang syarikat penerbangan Jet Blue telah menghalau Michael keluar dari pesawat sebelum pesawat berlepas.
Juruterbang itu bimbang tentang isu keselamatan tetapi setelah diterangkan tentang keadaan Michael yang sebenarnya. Michael akhirnya ditawarkan menaiki pesawat seterusnya untuk meneruskan perjalanan.
Berbau busuk
Pada bulan Februari 2010, sebuah penerbangan Air Canada Jazz dari Chalottetown di Pulau Prince Edward sedang dalam persiapan untuk berlepas ke Montreal semasa para penumpang dalam pesawat tiba-tiba membuat aduan tentang bau busuk yang datang daripada salah seorang penumpang lelaki.
Bau busuk tersebut dikatakan 'sangat teruk' tapi kesian juga la kan dengan penumpang berkenaan kerana akhirnya akibat bau busuk itu, penumpang itu telah diminta untuk meninggalkan pesawat tersebut.
Memakai seluar yang besar
Pada bulan Jun 2012, Deshon Marman yang berusia 20 tahun dan merupakan seorang pemain bolasepak Amerika Syarikat di Universiti New York telah dikeluarkan daripada penerbangannya kerana pakaian yang dipakainya telah melanggar kod pakaian penerbangan tersebut yang menyatakan larangan terhadap pakaian yang tidak senonoh atau pendedahan yang keterlaluan.
Pada ketika itu, Deshon memakai seluar yang agak jatuh daripada pinggangnya dan menampakkan pakaian dalamnya. Ketika pihak polis memintanya untuk menarik seluarnya ke atas, Deshon enggan melakukannya dan kerana kedegilannya itu, dia akhirnya terpaksa diminta meninggalkan pesawat.
Terlalu tinggi
Kerana dikatakan terlalu tinggi untuk dimuatkan pada kerusi penumpangnya, seorang penumpang penerbangan dari Portland, Oregon ke Ontario tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat menyebabkan dia merasa sangat malu dengan kejadian tersebut selain menggagalkan rancangan perjalanannya.
Penumpang yang mempunyai ketinggian 6 kaki 9 inci itu berkata, dia telah cuba mendapatkan kerusi di bahagian keluar untuk lebih selesa namun tiada satu pun kerusi bahagian itu yang masih ada. Semasa berada dalam kapal terbang, salah seorang krew telah terjatuh akibat tersadung kakinya yang terkeluar dari kawasan kerusinya.
Setelah diminta meletakkan kakinya ke tempat duduknya seperti penumpang lain, dia telah menerangkan keadaannya yang tidak dapat berbuat demikian. Masalah tersebut gagal ditangani sehinggalah akhirnya dia telah diminta untuk meninggalkan pesawat tersebut.
Batuk
Pada bulan Mac 2007, seorang pelajar dar Hawaii yang berusia 16 tahun, Rachel Collier telah dihalau keluar daripada pesawat yang dinaikinya semasa pulang daripada lawatan sekolahnya di New York akibat dia batuk tanpa henti dalam pesawat tersebut.
Pihak krew telah memberikannya minum air dan doktor pula telah memberikan kebenaran untuknya menaiki penerbangan selama 10 jam tetapi kapten kapal terbang telah berpatah balik untuk mengeluarkan Rachel dan salah seorang daripada guru untuk menemaninya.
Kapten itu berpendapat, dia telah bertindak dalam cara yang paling adil dan terbaik untuk kebaikan semua pihak termasuklah Rachel dan penumpang lain. Rachel dan gurunya ditawarkan penerbangan seterusnya pada keesokan harinya untuk membawa mereka pulang ke Hawaii.
Menyumpah seranah
Pada bulan Jun 2011, Robert Sayegh yang berusia 37 tahun telah dikeluarkan daripada pesawat yang dinaikinya kerana telah 'mencarut' sebanyak dua kali. Kerana kelewatan selama 45 minit di Detroit. Robert berpaling ke arah teman bersebelahan kerusi dengannya dan bertanya soalan dengan menggunakan perkataan yang berunsur lucah.
Seorang krew pesawat yang mendengar percakapan Robert telah meminta pesawat itu berpatah balik ke pintu utama yang mana pihak polis telah menaiki pesawat dan mengiringi Robert keluar dari pesawat tersebut. Menurut Robert kepada pihak media selepas kejadian itu, dia bukannya berada dalam keadaan mabuk ketika itu sebaliknya hanya kesan daripada mabuk yang dialaminya sebelum itu.
-Sentiasapanas.com
Beranikah Nik Zawawi Buat Lapuran SPRM
-
Beranikah Nik Zawawi Buat Lapuran SPRM Ahli parlimen Pasir Puteh (PAS),
Nik Muhammad Zawawi Salleh, mendedahkan perbualan WhatsApp yang kononnya
berkai...
1 day ago
Post a Comment