06/03/2014

Adam Adli Samseng Taik Kucing Dapat Anugerah Kementerian Pendidikan?




PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan dan PTPTN hari ini telah dikecam oleh pelbagai pihak kerana telah memberikan pengecualian pembayaran PTPTN dan pengampunan tanpa syarat kepada ikon demonstrasi pelajar; Adam Adli sebagai pampasan dan tanda perdamaian antara pihak kerajaan dengan pelajar tersebut.


Turut diberi pengampunan bersyarat adalah rakan Adam: Khalid Ismath, Safwan Anang, Bawani dan beberapa orang lagi.


Anugerah tersebut adalah bagi membolehkan masyarakat menerima kembali pelajar-pelajar tersebut ke dalam masyarakat dan memaafkan mereka atas segala kesilapan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang dahulunya terpengaruh dengan idealisme kemahasiswaannya..

Hahaha... ini cuma gimik semata-mata yang mungkin tidak akan dilakukan oleh pihak berwajib kepada pelajar-pelajar terbuang dari universiti akibat tindakan mereka mencemarkan institusi pendidikan negara suatu masa dulu.

Setelah dibuang mereka terus bergiat aktif dalam politik membangkang apa saja yang boleh diterjah tanpa menghirau fakta.

Kerja mereka hanya tau auta sana-sini, maki hamun kerajaan dan menimbulkan kekacauan atas nama hak kebebasan bersuara. Habis kacau bilau masyarakat dan rosak pemikiran para pelajar lain jadinya.

Adakah manusia-manusia sebegini insaf dan sedar kesan perbuatan mereka?

Di kala para penuntut lain bertungkus lumus untuk maju dalam pelajaran dan cemerlang dalam peperiksaan mereka asyik berdemo sana sini, menjaja idealisme yang tak kemana. Akhirnya memusnahkan kehidupan dan masa depan sendiri.

Inilah yang dikatakan mahasiswa dungu suka berdemonstrasi. Keputusan tercorot dibuang universiti, meroyan desak PTPTN dipercumakan, masa depan gelap diperkudakan Pakatan Rakyat...Apa lu orang dapat???

Tapi cuba lu orang bandingkan dengan mereka di bawah ini bro...





Sumber: Berita Harian Khamis 6 Mac 2014

No comments:

Post a Comment