Home » » Video ; "Imam Baling Selipar" Sudah Insaf...

Video ; "Imam Baling Selipar" Sudah Insaf...

Written By Unknown on 24/02/2014 | 3:29 pm

2402ImamSelipar

SEORANG imam yang mencetuskan kontroversi apabila bertindak membaling sepasang seliparnya yang dipakai ke arah panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan pada 22 Februari 2012.
Imam itu Hoslan Hussin ketika itu menghadiri prosiding berkaitan kes antara dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ketika itu keputusan tidak memihak kepada dirinya.
Susulan kes berkenaan pada 8 Mac 2012, Hoslan dihukum penjara selama setahun kerana didapati bersalah menghina mahkamah.
Hukuman disampaikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dalam prosiding tiga panel hakim.
Bagaimanapun selepas kes berkenaan berlalu, Pada 22 Februari tahun ini (2014), Hoslan dilihat berada di YouTube satu rakaman video berkenaan imam berkenaan yang dikatakan sudah insaf selepas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilancarkan pada 22 Februari lepas.
“Alhamdulillah, walaupun RM650 ia adalah keperluan.. InsyaAllah kalau kerajaan hendak bagi lebih lagi, kita raikan kerana keperluan duit ini sangat mendesak kerana saya anak ramai,” katanya dalam video itu yang dimuatnaik di saluran Minaq Jinggo.
Kini, bahagian Parol di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengundang Hoslan untuk memberikan ceramah motivasi kepada bekas penagih dadah atau mereka yang masuk ke penjara supaya hidup lebih sempurna.
“Sekarang ini saya dalam.. KDN memanggil saya untuk memberi ceramah kepada bekas-bekas banduan.. KDN bahagian parol memanggil saya untuk memberi motivasi kepada banduan,” katanya. – MYNEWSHUB.MY

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger