Semalam Aakj berkesempatan bertemu mesra dengan Menteri KPDNKK, Dato Sri Hasan Malek d pejabatnya d Putrajaya...santai juga rupanya Menteri ni hehe..
Betullah kata Tok Guru ambo..kalau kita tak kenal orang tu maka kita jangan dok merapu raban dalam jamban..dan yang paling teruk..kalau kita dah kenal pun kita masih kata buruk kat orang tu..walhal kita baru je kenal..
Sessi temu santai dengan Hasan Malek semalam berkisar tentang banyak perkara terutama operasi KPDNKK sendiri..Operasi harga barang..kekangan terhadap manipulasi pakatan pemborong yang cuba sabotaj harga barang..dan yang kekadang Rakyat Malaysia konpius adalah tak ramai yang sedar..BUKAN SEMUA HARGA BARANG KAWALAN..
"..kita bukan negara komunis yang kekang semua harga barang..kita kekang barang asas keperluan rakyat sahaja" - Hasan Malek
Menurut beliau lagi, KPDNKK sedang berusaha mengumpul bukti tentang wujudnya kerjasama atau pakatan haram antara pembekal utama untuk sabotaj harga kawalan Kerajaan dan ianya mengambil sedikit masa kerana "..mereka sungguh licik.." sambung Dato Sri Hassan lagi.
Aakj turut diberi taklimat ringkas bagaimana operasi KPDNKK d seluruh negara..KPDNKK bertindak mengikut laporan yang d terima dan menurut Dato Sri lagi beliau amat menghargai kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat tepat agar kegiatan memanipulasi harga barang dapat d bendung..malah aktiviti penyeludupan juga dapat d sekat.
Terkejut juga bila mendengar ada Pegawai KPDNKK d ancam nyawa dan ada yang cuba d sogok dengan wang tunai tapi Pegawai yang amanah tersebut menolak sekerasnya suapan itu...
InsyaAllah..aakj juga ada minta untuk turut serta dalam operasi terpilih KPDNKK..mudah-mudahan penyaluran maklumat dalam akhbar konvensional dan media internet selari..natijahnya Rakyat Malaysia tidak tertipu lagi dengan fitnah pihak yang mempolitikkan apa juga usaha murni kerajaan BN.
..Welldone KPDNKK..
Post a Comment