20/02/2014

Terkini ; Foto Ketua Bahagian DAP Perak Mati Di Tembak !!


Manjung – Seorang ketua bahagian DAP mati selepas ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di kampung Jering Ayer Tawar, di sini.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa,Wong Kong Ting, 56, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar rumahnya.

Ahli keluarga mangsa telah membawa mangsa ke hospital manjung untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun mangsa mati di hospital itu kira-kira 50 minit selepas ditembak. Mangsa disahkan terkena tembakan di dada, lengan dan kaki.

Tembakan dilepaskan oleh seorang lelaki yang dikesan muncul dengan menaiki motosikal di hadapan rumah mangsa.


No comments:

Post a Comment